Wali Band Buat Konsert Amal Lepas Raya

gosip | Gosip kita

Wali Band Buat Konsert Amal Lepas Raya

addthis kongsi icon

KL, 15 OGOS 2012: Lagu yang didendangkan kumpulan dari Indonesia, Wali Band sering saja mendapat perhatian peminat muzik tempatan. Jadi, tidak hairanlah apabila Murai Batu lihat kumpulan ini sering saja membuat konsert di tanahair kita.

Terbaru, Murai Batu mendapat tahu, kumpulan yang mula dikenali menerusi lagu Cari Jodoh akan bertandang lagi ke Malaysia untuk mengadakan sebuah konsert. Dengarnya, konsert kali ini lebih ke arah konsert amal yang mana setiap jualan tiket akan didermakan kepada rumah kebajikan.

Menurut sumber, jika tiada arah melintang, konsert berkenaan akan berlaku selepas raya nanti. Namun, jika tidak jadi selepas raya, konsert itu akan dilangsungkan selewat-lewatnya sebelum menjelang tahun baru.

Merisik lokasi konsert berkenaan, Murai Batu masih lagi tidak mengetahuinya tetapi harga tiket konsert itu dikatakan dijual pada harga RM30 saja.

Difahamkan, konsert ini bakal dianjurkan Mutiara Motor. Apapun, Murai Batu dengar, konsert yang turut melibatkan artis tempatan ini berkemungkinan besar akan dihoskan pengacara terkenal dari Malaysia.

MURAI BATU: Konsert hari raya tak ada ke?

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: