LOS ANGELES, 24 JULAI 2012: Akhbar tabloid, The National Enquirer dilihat memang cukup gemar memanaskan hubungan di antara aktres Angelina Jolie dengan pasangannya, Brad Pitt.
Kali ini, akhbar tabloid itu melaporkan bahawa wujudnya perang dingin di antara Angelina Jolie dengan ibu Brad Pitt, Jane Pitt. Minggu lalu, akhbar tabloid tersebut telah menyiarkan kisah tentang perbezaan ideologi di antara kedua-dua wanita ini yang mana ianya mungkin akan memaksa Angelina untuk membatalkan perkahwinannya dengan Brad Pitt.
Kini, The National Enquirer tampil dengan isu yang baru, kononnya Jane Pitt cuba memanjangkan lagi perang di antara mereka itu dengan menghadiahkan bakal menantu perempuannya itu dengan sebuah kitab injil yang berukir.
"Jane membeli kitab tersebut beberapa minggu yang lalu sebagai cara untuk menyelamatkan jiwa Angelina supaya dapat mendekatkan lagi dirinya dengan Tuhan. Namun, idea tersebut telah membuatkan keadaan menjadi bertambah buruk, " kata satu sumber kepada The National Enquirer.
Sumber daripada keluarga Brad Pitt menberitahu, tiada perang yang sedemikian berlaku di antara Angelina Jolie dan Jane Pitt. "Ianya hanyalah cerita yang direka-reka," kata sumber itu lagi.





.jpg)




