Twitter: @Stailista
KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2012: Segmen Stailista di program hiburan dan gosip Propaganza semakin menjadi perhatian apabila semakin ramai selebriti popular telah berjaya disiasat sama ada fesyen mereka Stailista atau Opss...
Minggu ketujuh, Propaganza menyaksikan Detektif Stailista, Ayie Ali menemubual pelakon komedi popular Didie Alias yang kerap kali diklasifikasikan sebagai selebriti yang menyarungkan pakaian mengarut atau Opss...
Bagaimanakah reaksi Didie Alias apabila diajukan soalan itu daripada Detektif Stailista? Apakah pula kejutan yang akan dilakukan pelakon berkenaan sebagai penampilannya pada masa akan datang.
Ikuti pilihan Detektif Stailista dengan beberapa penampilan Didie Alias pada majlis anugerah hebat tempatan. Sama ada Stailista atau Opss... dan apakah alasan mengapa penampilannya dipilih sebagai Opss...?
Jangan lupa untuk terus setia menyokong segmen Stailista di Propaganza yang bersiaran setiap Ahad, jam 12 tengah hari, hanya di Astro Ria (saluran 104).







.jpg)
.jpg)
.jpg)
