Kose Melestarikan Alam Sekitar

stailista | Buletin Stailista

Kose Melestarikan Alam Sekitar

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

Foto oleh Sam Kassim

KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2012: Pelbagai usaha diperkenalkan bagi memelihara persekitaran dan ekosistem bumi kita. Perkara ini disahut dengan baik oleh pengeluar kosmetik Kose dengan menganjurkan kempen Save the Blue.

Save the Blue adalah projek yang dijayakan oleh Kose dalam usaha memelihara terumbu karang yang terancam akibat kepupusan.

Pada Februari yang lalu, projek Save the Blue telah menerbangkan duta Malaysia iaitu Amy Mastura ke Okinawa, Jepun bagi menjayakan projek tersebut.

Kini ia telah diperkembangkan ke Malaysia dan lokasi yang menjadi pilihan adalah Pulau Tioman.

Dalam masa yang sama, Kose melancarkan produk bagi menguatkan lagi sokongan terhadap projek ini iaitu rangkaian produk Save the Blue.

Apa yang menarik mengenai rangkaian Save the Blue, keuntungan yang diperoleh daripada produk rangkaian ini adakan disumbangkan kepada kajian, pendidikan dan pemuliharaan terumbu karang yang ada di Malaysia.

Menurut duta Kose Malaysia iaitu Amy Mastura, di merasa teruja dengan pengalaman baru yang ditimbanya kala berkunjung ke pulau peranginan terkenal berkenaan.

"Mereka sangat menghormati laut mereka sehinggakan pada sesetengah kawasan yang telah ditetapkan mereka tidak boleh memijak atau masuk ke dalam laut.

"Saya begitu teruja apabila melihat keunikan dan keindahan dasar laut di negara matahari terbit itu dan berharap program Save the Blue yang dikembangkan di Malaysia ini bakal memberi pengetahuan dan juga dapat memelihara terumbu karang yang merupakan salah satu ciptaan yang begitu indah,"ujar penyanyi yang memang suka melakukan aktiviti selam ini.

Acara yang mengambil tempat di perkarangan Centre Court Midvalley pada baru-baru ini turut mengadakan promosi bagi rangkaian produk Save the Blue bagi mengutip dana untuk disumbangkan kepada projek Save the Blue di Malaysia.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista