Siapa Hadiahkan Salamiah Hassan Mini Cooper?

gosip | Gosip kita

Siapa Hadiahkan Salamiah Hassan Mini Cooper?

addthis kongsi icon

KL, 25 JULAI 2012: Seronok betul Murai Batu melihat kemesraan penyanyi veteran Salamiah Hassan dengan anak kesayangannya yang juga penyanyi popular, Atilia Haron.

Hubungan yang terjalin di antara mereka berdua bukan calang-calang, tapi rapat bak seorang rakan baik. Sama-sama memuji satu sama lain dan sehingga membuatkan Murai Batu cemburu melihat kemesraan mereka berdua.

Dalam pada itu, Murai Batu dapat tahuSalamiah Hassan yang popular dengan lagu Gelombang itu telah pun menerima sebiji kereta Mini Cooper berwarna merah baru-baru ini.

Amboi untung sungguh nasib Salamiah Hassan. Sudahlah pandai menjaga kecantikan, masih lagi mampu menyanyi dengan suaranya yang merdu dan dapat pula kereta mewah. Bertambahlah Murai Batu cemburu.

Khabarnya kereta Mini Cooper berkenaan adalah pemberian seorang individu yang amat disayanginya sempena meraikan hari lahirnya yang ke-61 yang baru saja disambut tidak lama dulu.

Khabarnya, Salamiah Hassan sama sekali tidak menyangka individu berkenaan sanggup menghadiahkan kereta kecil mewah berkenaan kepadanya kerana dia masih lagi memiliki kereta lamanya yang lebih besar.

Tapi apakan daya. Kalau sudah dinamakan hadiah, jadi terpaksalah Salamiah Hassan menerimanya dengan hati terbuka lagi ikhlas. Lagipun bukan senang untuk mendapat hadiah bernilai seperti itu daripada insan tersayang.

Malah khabarnya juga, selepas memandu kereta berkenaan Salamiah Hassan terus jatuh cinta dengan keupayaan serta kemantapan pemanduan kereta itu. Inilah yang dinamakan cinta pandang pertama.

Persoalannya sekarang, siapakah gerangan yang telah menghadiahkan Salamiah Hassan dengan kereta Mini Cooper berkenaan?

Murai Batu: Tercengang bila ada orang dapat hadiah cabutan bertuah TV bersaiz 52 inci. Cemburu sangat.

Komen-Komen | 4

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





adaku kesah..
mimi - 26-Jul-2012

penting ke berita macam ni?? harap portal ni jadi portal yang memberi maklumat berguna, benar, tepat kepada pembaca. Berita begini tidak mencapai status fikiran pembaca zaman moden
hamba Allah - 26-Jul-2012

penting ke berita ni??
salamioh - 25-Jul-2012

bertudunglah lagi usia dah meningkat.. xder aper yg nak d tunjuk pada usia tua begini.masih juga org tgk pada yg muda.. bertudunglah jgn terlambat.
cuba cuba - 25-Jul-2012