KL, 23 JULAI 2012: Tak sangka betul Miss Propa, semakin ramai nampaknya selebriti tanah air yang mendirikan rumah tangga dengan warganegara Perancis.
Selepas Nurul Wahab yang telah selamat diijabkabulkan dengan Eric Depp pada Mei lalu, Miss Propa dapat tahu seorang penyampai radio popular, Serina C yang sudahpun mendirikan rumah tangga dengan jejaka kacak dari Perancis.
Malah, cerita paling baru yang Miss Propa dapat tahu apabila personaliti TV dan deejay radio Red.FM, Sarimah Ibrahim khabarnya kini sedang kalut membuat persiapan untuk majlis perkahwinannya bersama jejaka dari negara yang sama.
Seingat Miss Propa, pengacara mulut bertih jagung itu tidak pernah menyorok perihal dia bercinta dengan jejaka Perancis yang kacak lagi bergaya itu.
Malah Detektif Stailista, Ayie Ali telah berjaya merakamkan gambar Sarimah Ibrahim atau Kak Mah bersama jejaka Perancis yang hanya mahu dikenali sebagai Guillamae ketika menghadiri Anugerah Industri Muzik pada tahun lalu.
Adakah Kak Mah bakal berkahwin dengan jejaka Perancis yang sama? Ataupun mungkin perkhabaran yang Miss Propa dengar ini hanyalah khabar angin?
Walau apapun Kak Mah, tak kisahlah kalau awak mahu kahwin dengan sesiapapun dalam masa terdekat ini. Sebab Miss Propa akan tumpang bahagia kerana sudah lama sangat Kak Mah hidup sendirian.
Kalaupun tak benar perkhabaran ini, Miss Propa harap hubungan Kak Mah dengan jejaka Perancis itu akan kekal dan terus bersemi. Kalian berdua, bagaikan pinang dibelah dua.









