Percintaan Siti Saleha, Syed Adney Makin Serius?

gosip | Gosip kita

Percintaan Siti Saleha, Syed Adney Makin Serius?

addthis kongsi icon

KL, 23 JULAI 2012: Seingat Murai Batu, jarang sekali pelakon Siti Saleha dikaitkan dengan sebarang cerita kontroversi, namun begitu, figura cantik ini tetap tidak dapat lari dikaitkan lelaki.

Sebelum ini, Murai Batu mendapat tahu, foto Siti Saleha bersama seorang lelaki Mat Salleh telah pun tersebar luas di internet. Namun, selepas diteliti betul-betul, lelaki berkenaan bukanlah kekasih Siti Saleha. Sebaliknya, lelaki tersebut merupakan kaum kerabatnya.

Setelah itu, Siti Saleha dikhabarkan telah menjalinkan hubungan pula bersama seorang penjaga gol kacak. Ha, jangan salah faham ye. Penjaga gol tersebut bukanlah Khairul Fahmi Che Mat atau Apex. Penjaga gol yang dimaksudkan adalah Syed Adney (adik kepada pelakon Sharifah Sofea) yang sebelum ini pernah menjadi penjaga gawang pasukan Kelantan.

Namun begitu, ramai yang salah teka dan mengingatkan Apex adalah jejaka yang berjaya menambat hati Siti Saleha. Walaupun hubungan kasih Syed Adney yang kini menjadi penjaga gol pasukan Sabah dikatakan sudah renggang dengan Siti Saleha, namun ada sumber terdekat memberitahu percintaan mereka sudah kembali bertaut semula.

Malah, ada juga yang melihat sendiri Syed Adney dan Siti Saleha keluar makan malam bersama dan ada juga blogger tempatan yang menyiarkan gambar mesra mereka berdua di sebuah pusat hiburan.

Murai Batu pun sendiri ada terdengar pengakuan dari peminat fanatik Syed Adney yang mengatakan penjaga gol ini sudah makin serius dengan Siti Saleha.

Namun, serius sampai tahap mana tu Murai Batu tidak tahu sangatlah. Pun begitu, selalunya kalau hubungan yang serius ini selalunya sudah sampai ke tahap mahu bertunang atau pun sudah ada perancangan nak mendirikan rumah tangga.

Yang penting, kedua-dua personaliti ini sama cantik sama padan dan kalau bersatu mesti mempunyai anak yang comel-comel.

MURAI BATU: Tidak sabar nak tonton perlawanan Arsenal dengan Malaysia esok malam. Go Malaysia go!

Komen-Komen | 10

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





nampak gaya, cerah peluang aku nak couple dgn siti yg cun melecun.
Putra - 26-Jul-2012

dah nama artis kann .. sentiasalah jadi perhatian media .. itu untuk publisiti dia gak .. kalau xnak .. xyah jadi artis .. jadi suri rumah je la , jual sayur ke .. kalau tu sampai bila2 pun x akan jadi perhatian media ... INGAT TU ??
tinjau-tinjau - 26-Jul-2012

apa hal la ngan korang ni semua.. itu personal life diorang la.. lantak la dia nak couple ngan sape pun kan ? ada jejas hidup korang ke ? korang dapat duit ke kalau diorang sama ke tak ? adeyh, otak orang skarang ni da rosak dek menda2 macam ni la...
lengchai - 24-Jul-2012

Kalu dah bgambar mcm ni mmg le serious tu agaknya.Bagus lah. Moga cepat khawin dan bersara terus berlakon, tumpu pd keluarga adalah lebih baik.
putri - 24-Jul-2012

sheera, adney dah nafikan dekat twitter dia pasal article ni, kat paper ahad pun saleha dah kata diaorg dah pisah. adney skrg ada gf baru, siapa yg follow adney kat twitter pun dah tau dia ada gf baru, dia siap letak nama gf baru dia kat bio twitter
Farah - 24-Jul-2012