Mizz Nina Pilih Jay Park Untuk Berduet?

gosip | Gosip kita

Mizz Nina Pilih Jay Park Untuk Berduet?

addthis kongsi icon

KL, 24 JULAI 2012: Siapakah artis lelaki dari Korea Selatan yang bakal berkolaborasi dengan Mizz Nina menerusi single terbarunya? Persoalan inilah yang sering menjadi tanda-tanya.

Lebih-lebih lagi setelah isteri kepada Noh Hujan ini mengeluarkan kenyataan bahawa dia bakal merisik seorang artis lelaki dari Korea Selatan untuk single terbarunya yang akan datang.

Sungguhpun Mizz Nina masih mahu merahsiakannya, namun peminat seperti sudah dapat mengagak siapakah artis K-Pop yang bakal berganding bahu bersama penyanyi lagu Take Over itu.

Kebanyakannya mengaitkan bekas ahli 2Pm iaitu Jay Park sebagai calon utama pilihan Mizz Nina. Sebabnya, dalam banyak-banyak artis K-Pop yang popular, Mizz Nina dikhabarkan sudah beberapa kali berjumpa Jay Park memandangkan mereka sentiasa berkongsi menghiburkan peminat di pentas yang sama.

Terbaru, mereka berdua baru saja menghiburkan peminat di MTV World Asia 2012 yang telah berlangsung di Sunway Lagoon.

Nama Jay Park juga menjadi pilihan disebabkan penyanyi ini sudah banyak kali datang ke Malaysia berjumpa dengan peminat setianya di sini. Malah, Jay Park juga dikhabarkan sebagai seorang penyanyi yang suka bekerjasama dengan artis luar dari Korea Selatan. Misalnya dengan Aj Rafael dan Moon Zhang.

Apapun, jika benar Jay Park adalah pilihan Mizz Nina, Murai Batu berharap lagu yang akan ditampilkan itu nanti akan mencerminkan imej Malaysia yang bagus.

MURAI BATU: Seronok melihat artis meniaga bazar di Bukit Jalil.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Aku kesian kat Mizz Nina ni sebenarnya. Labur beribu-ribu bayar Colby O'Donis dgn Flo Rida, last2 lagunya ala kadar je, pastu sekejap je org dgr, now dah tak ingat dah. Ni nak labur ribu2 lagi utk artis korea plak. Bazir duit aje.
Lada pedas berapi - 26-Jul-2012