KL, 24 JULAI 2012: Nampaknya, rezeki Mr Os semakin melimpah ruah selepas dia berjaya memenangi program Maharaja Lawak Mega musim pertama bersama Abon menerusi kumpulan Osbon.
Buktinya, kebanyakan drama di kaca TV banyak menggunakan khidmatnya sebagai pelakon utama. Tidak kisahlah stesen TV swasta atau pun kerajaan. Malah, kalau tidak silap Murai Batu, Mr Os ketika ini sudah jarang membawa teksi yang menjadi punca utamanya meraih punca pendapatn dan rezeki setelah sepi daripada dunia hiburan dalam tempoh masa yang agak lama.
Apa sekalipun, Mr Os yang popular membawakan lagu Durian bakal muncul dengan lagu single terbaru yang masih belum mempunyai judul. Dengarnya, menerusi lagu berkenaan, Mr Os bakal berduet dengan sebuah kumpulan Indie iaitu Marionexxes.
Sungguhpun Murai Batu masih belum tahu genre lagu berkenaan, tetapi Murai Batu difahamkan lagu berkenaan sudah dalam proses rakaman dan bakal bertemu dengan peminat Mr Os tidak lama lagi.
Syabas diucapkan kepada Mr Os kerana berjaya naik semula dalam industri hiburan sepertimana di awal kemunculannya sewaktu muncul dengan banyak filem sekuel menggunakan namanya sendiri.
Apapun, Murai Batu tertanya-tanya, tidak adakah program istimewa buat Osbon selepas menjuarai Maharaja Lawak Mega? Mesti tergelak melihat aksi lucu mereka berdua.
MURAI BATU: Apa jadi kalau Khairul Fahmi Che Mat jadi penyanyi?










