Irma Hasmie: Isu Status Suami Tidak Jadi Masalah!

berita | Tempatan

Irma Hasmie: Isu Status Suami Tidak Jadi Masalah!

addthis kongsi icon

Teks: Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

SEMARANG, 20 JULAI 2012: Isu mengenai status suami kepada pelakon Irma Hasmie, Redza Syah bahawa dia kononnya adalah seorang duda telah menimbulkan kontroversi di kalangan peminat seni hiburan tanah air. Namun, ia sedikit pun tidak mengecewakan hati pasangan yang baru saja bernikah pada 29 Jun lalu ini.

Malah, Irma Hasmie yang kini telah kembali aktif berlakon semula selepas berbulan madu di Australia telah bersedia menjawab persoalan tersebut menerusi kiriman SMS yang dihantar kepada salah seorang krew murai.com.my.

"Baiklah, isu status suami saya tidak menjadi masalah apa-apa pada saya dan keluarga saya. Cuma kami tidak mahu melibatkan diri dalam perkara yang boleh membawa kepada keburukan.Biarlah kita mengajak orang untuk berbuat baik, Insya-Allah, kita akan mendapat pahala, begitu juga jika sebaliknya," katanya kepada murai.com.my.

Dalam pada itu, Irma Hasmie yang sedang menjalani penggambaran Destinasi Cinta bersama Air Asia di Semarang, Indonesia untuk Astro berpendapat bahawa berdiam diri adalah tindakan wajar yang perlu dilakukannya.

"Kalau kita buat perkara keburukan dan ramai orang terlibat nanti, takut kita kena tanggung dosa semua orang.Maka sebaiknya kita bersabar dan diam saja. Seperkara lagi, sebuah perkahwinan itu sendiri adalah sunnah besar Rasullullah SAW.

"Seeloknya marilah kita sama-sama berdoa untuk semua yang mendirikan rumah tangga, mudah-mudahan Allah akan memberkati dan menghimpunkan semuanya dalam kebaikan," ujarnya.

Komen-Komen | 37

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





biarlah.....ststus duda ke teruna ke?
einna ardiana - 22-Jul-2012

Abang pu dah kahwin dan punya 6 anak .Abang pun akan berkahwin buat kali kedua dengan seorang gadis yang teraniya dalam perkahwinannya.Adik jangan takut kalau baik disisi allah kita akan terima balasannya
bang long - 22-Jul-2012

tupn jdi masalah...ape la...puih...
- 22-Jul-2012

TINGOK KIRI, TINGOK KANAN, TINGOK BELAKANG, TINGOK DEPAN... ERMMMMM..
BANG RONG RAJAN - 22-Jul-2012

dose ke kalu kawen ngan duda...hensem ape hubby irma
hafizatul sufiah - 22-Jul-2012