Asraruddin Mengaku Berkawan Dengan Rozita Che Wan

berita | Tempatan

Asraruddin Mengaku Berkawan Dengan Rozita Che Wan

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 20 JULAI 2012: Sejak mula dikaitkan dengan pelakon seksi Rozita Che Wan,38, ramai pembaca murai.com.my yang ingin tahu lebih lanjut tentang hubungan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Asraruddin Putra Omar, 24, dengan dramatis yang juga kakak kepada Ayu Raudah itu.

Walaupun kelihatan seperti hubungan tersebut berjaya disembunyikan, namun ia masih dapat dihidu oleh segelintir pihak media hingga akhirnya tercetusnya kisah hangat mengenai kedua-dua personaliti yang sukses daripada dua lapangan yang berbeza itu.

Pun begitu, bagi Asraruddin atau lebih dikenali sebagai Asra, dia menganggap bahawa perkara itu sebenarnya merupakan sebuah cerita yang lama. Namun, dia tidak menolak dakwaan bahawa dia pernah menjalinkan hubungan bersama Rozita Che Wan.

"Ini semua cerita lama, lebih kurang 3 tahun lepas.Tapi, memang saya ada berkawan dan mengenali Rozita Che Wan dan sehingga sekarang pun masih kekal sebagai kawan.

"Sejujurnya hubungan saya dan dia sekadar kawan biasa tetapi ada juga keluar bersama dengannya dahulu. Namun sekarang kerana kedua-dua kami agak sibuk, jadi tidaklah kami berkesempatan untuk berjumpa selalu.

"Lebih kurang 2 tahun lebih kami tidak berjumpa tetapi sekali-sekala ada juga bertanya khabar agar hubungan persahabatan tidak terputus,"ujar Asra menjelaskan situasi yang sebenar.

Ditanyakan lebih lanjut tentang Rozita Che Wan, Asra menjawab aktres seksi tersebut merupakan seorang individu yang baik.

"Sepanjang kami berkawan, bagi saya Rozita merupakan seorang kawan yang baik. Dia seorang bagus untuk dijadikan teman dan seorang yang mesra,"tambahnya lagi.

Menurut Asra, sepanjang ramadan dia dan rakan sepasukan akan tetap sibuk berlatih bagi menghadapi beberapan perlawanan besar seperti menentang Manchester City dan Arsenal tidak lama lagi.

Komen-Komen | 7

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





dah nama pun artis, memang la org bercerita. Cuba kalau org biasa ADA KO KISAH....?
hj budin - 23-Jul-2012

rasanya diaorang sangat lah scocok..kalau cinta tu tak mngira umur
bobi - 23-Jul-2012

aku rase RCW x blh kwn ngan lelaki...ade je org nak gosip...people need to learn to mind their own business
hafizatul sufiah - 22-Jul-2012

datuk atau nenek ade yang kwin ngan yg muda...ada smue kisah....
antu.. - 22-Jul-2012

adik kahwin dgn pemain bola dan kakak pun nak try pemain bola .. mcm mak dgn anak je .. kesian2 ... apepun smga brbahagia le . :D
manusia - 22-Jul-2012