Lebih 30 Artis Di Nostalgia Perkampungan Ramadhan

berita | Tempatan

Lebih 30 Artis Di Nostalgia Perkampungan Ramadhan

addthis kongsi icon

TEKS: Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 23 JULAI 2012: Lebih 30 selebriti tempatan bakal memeriahkan Bazaar Nostalgia Perkampungan Ramadhan Bukit Jalil (NPRBJ) yang terletak di perkarangan tempat letak kereta Stadium Hoki Bukit Jalil bermula 21 Julai 2012 sehingga 19 Ogos depan.

Antara 30 orang artis yang akan berniaga sepanjang bulan ramadan ini adalah Emma AF, Adira, Keroz, Maya, Siti Saida, Fida Ibrahim, Isma AF, Zul 2by2, Shila Amin, Maya, Salamiah Hassan, Ery Putra, Lufya dan ramai lagi.

Perkampungan Ramadan itu didirikan di perkarangan medan letak kereta berhadapan Stadium Hoki Bukit Jalil. Konsep perkampungan yang julung kali diperkenalkan bagi mewujudkan suasana kampung sebenar dengan landskap seperti balai raya, surau, rumah kampung dan pokok -pokok.

Idea tersebut telah diilhamkan oleh pihak penganjur, Timeless United Sdn Bhd (TUSB) dengan kerjasama Perbadanan Stadium Malaysia (PSM).

Penyanyi, Siti Saida Taruddin selaku pengurus bagi penempatan bazaar artis berkata, ianya adalah peluang yang sangat baik untuk para artis memeriahkan bulan ramadan ini bersama dengan peminat khususnya yang menetap di Kuala Lumpur serta tidak mempunyai kampung halaman.

"NPRBJ ini juga menjadi tempat orang ramai mengenali artis kegemaran mereka secara lebih dekat. Bukan itu saja, PRBJ juga turut memberikan peluang kepada orang ramai serta pengunjung untuk menikmati pelbagai aktiviti menarik yang diaturkan oleh para artis sepanjang NPRBJ itu berlangsung selama sebulan.

"Barisan artis ditugaskan untuk mempromosikan gerai masing-masing sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Artis itu juga menjadi duta kepada gerai mereka. Selain itu, artis akan membuat persembahan di pentas khas yang disediakan sepanjang ramadan dan akan mempromosikan gerai mereka," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: