KL, 20 JULAI 2012: Murai Batu percaya sesiapa pun tidak akan menidakkan kehebatan Rusdi Ramli sebagai seorang aktor baik ketika beraksi di layar skrin mahu pun perak.
Setiap drama mahu pun filem yang dibintanginya telah pun membuktikan bahawa anak kepada aktres Norlia Ghani ini bukan calang-calang pelakon.
Lakonannya sentiada nampak hidup dan berkesan dan setiap watak yang dibawakannya dapat dijiwai dengan terutama selepas membintangi filem Pontianak Harum Sundal Malam 2 arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba.
Sejak itu, Rusdi terus dapat kepercayaan daripada Shuhaimi Baba untuk membintangi filem-filem terbitan dan arahannya yang seterusnya iaitu Waris Jari Hantu dan 1957: Hati Malaya.
Paling terbaru adalah Tanda Putera yang mengisahkan tentang perjuangan dan persahabatan Perdana Menteri kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak dengan Timbalannya, Allahyarham Tun Dr Ismail.
Watak Allahyarham Tun Razak telah dibawakan oleh Rusdi Ramli, manakala Allahyarham Tun Dr Ismail (Zizan Nin). Seperti yang dijangka lakonan Rusdi Ramli memang tidak mengecewakan, malah dia mampu deliver watak tersebut dengan begitu baik sekali.
Namun begitu, Zizan Nin telah memberikan satu kejutan apabila beraksi dengan cukup mantap dalam filem tersebut. Ia nyata sesuatu yang memeranjatkan. Bukan sebab Zizan Nin selama ini tidak bagus tetapi lakonannya jarang menonjol sebelum ini.
Barangkali ini adalah satu permulaan yang baik untuk seseorang yang underdog seperti Zizan Nin terus diberikan kpercayaan untuk membawakan watak yang boleh menonjolkan kredibiliti lakonannya. Sama seperti Rusdi Ramli waktu muncul dengan Pontianak Harum Sundal Malam 2 dulu.
MURAIBATU: Ada member beritahu filem Tanda Putera sangat touching!
gosip |
Gosip kita
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 2
Hantar Komen Anda
Tutup Komen | Papar keSemua 2 Komen
Macam mne filem melayu nk maju kalu komen2 yang boleh menjatuh kn filem melayu...ape saje watak yg d beri kn kepada meraka berdua semua ok seperti tun abdul razak dan tun doktor ismail sbb sy sndri dh tngok cite tu
arin - 20-Jul-2012
Kenyataan zizan nin ketepikan rusdi ramli tidak benar,kite sepatutnye memberi komen bernas utk tanda putera sbb kebayakan org x tau cite sebenar 13 mei dan kebayakan tak kenal spe tun doktor ismail
arin - 20-Jul-2012
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini










