Janet Jackson Tak Suka Anak MJ Berlakon?

berita | Luar Negara

Janet Jackson Tak Suka Anak MJ Berlakon?

addthis kongsi icon

LOS ANGELES, 20 JULAI 2012: Marah sungguh penyanyi Janet Jackson bila dapat tahu bahawa anak saudaranya, Paris Jackson, 14, iaitu anak kandung perempuan kepada bintang pop dunia Michaeal Jackson sudah mula menjinakkan diri dalam bidang lakonan.

Malah, tanpa pengetahuan Janet Jackson, Paris sudah pun menerima 2 tawaran berlakon filem iaitu Lundon's Bridge dan Three Keys.

Sumber memberitahu, kemarahan Janet Jackson itu sebenarnya bersebab.

"Dia (Janet) berpendapat, apa yang dilakukan oleh Paris itu telah melanggar permintaan Michael yang selama ini tidak mahu anaknya memperolehi sebarang publisiti sehinggakan mereka berusia 18 tahun.

"Janet juga berpendapat bahawa Paris sepatutnya menjalani kehidupan sebagai remaja kanak-kanak dengan cara yang sepatutnya dan pergi ke kolej," katanya.

Sungguhpun begitu, Paris tetap mahu berlakon dan mengharapkan akan menerima lebih banyak tawaran berlakon dan ia menyebabkan berlakunya perang dingin di dalam keluarga tersebut.

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





budak2 zaman sekarang... DEGIL..!
LINA - 20-Jul-2012