LOS ANGELES, 20 JULAI 2012: Dengan tidak semena-mena, pelakon Halle Berry terpaksa dikejarkan ke hospital berhampiran akibat menjayakan beberapa babak aksi dan pergaduhan sewaktu menjayakan penggambaran filem terbaru lakonannya, The Hive pada Selasa lalu.
Babak aksi dan pergaduhan tersebut telah menyebabkan bintang Bond ini mengalamai kecederaan.
"Halle mengalami kecederaan di kepala sewaktu menjayakan babak pergaduhan filem The Hive. Dia telah dimasukkan ke hospital untuk mendapat rawatan selanjutnya.
"Namun, tiada sebarang kecederaan serius dilaporkan dan doktor mengesahkan bahawa dia sihat dan boleh dilepaskan keluar daripada hospital tidak lama selepas itu, " kata jurucakap kepada produksi The Hive.
Halle Berry juga turut meneruskan penggambaran The Hive seperti biasa.










