KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012: Atas sambutan menggalakkan, MLP Movies dengan kerjasama Tayangan Unggul dengan sukacitanya memaklumkan pertandingan menyanyikan semula serta merakamkan video untuk lagu tema Aku, Kau & Dia bertajuk Dejavu telah dilanjutkan sehingga 25 Julai 2012 ini.
Ini adalah satu peluang baik buat anda semua kerana siapa tahu anda akan berpeluang memenangi baucer membeli-belah berjumlah RM5,000 dari Parkson, lebih-lebih lagi pada saat tibanya musim perayaan. Pastinya perayaan anda musim ini akan lebih ceria dari tahun-tahun lalu.
Bagi mereka yang berminat, serlahkan bakat serta kreativiti anda dengan menyanyikan semula lagu tema filem Aku, Kau & Dia, iaitu 'DEJAVU' menggunakan citarasa dan versi anda sendiri.
Rakamkan video nyanyian anda dan muat naik ke dalam akaun YouTube anda. Hantarkan borang penyertaan anda di http://movies.mylaunchpad.com.my/promo/akd. Hanya klip video yang mendapat undian SMS terbanyak daripada penonton sahaja akan layak dipilih sebagai pemenang.
Penyertaan terbuka kepada semua pembaca setia portal murai.com.my movies.mylaunchpad.com.my dan warganegara Malaysia sehingga 25 JULAI ini.
Untuk maklumat lanjut berkenaan pertandingan dan syarat-syarat penyertaan, sila layari movies.mylaunchpad.com.my/promo/akd Jadi apa tunggu lagi! Serlahkan kreativiti anda hanya di hujung jari.
Berikut adalah klip video asal dan contoh penyertaan terbaru dari peserta.








.jpg)

