Tempurung Kaki Farid Kamil Retak Kerana Dampak!

berita | Tempatan

Tempurung Kaki Farid Kamil Retak Kerana Dampak!

addthis kongsi icon

Teks Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012: Aktor kacak, Farid Kamil akui berasa terhina apabila dia terpaksa berkerusi roda selama 6 minggu selepas dia terlibat dengan kemalangan yang mengakibatkan dia mengalami keretakan pada tempurung kaki kirinya pada Isnin lalu.

Farid Kamil yang mengalami kemalangan sewaktu menjayakan penggambaran filem Dampak pada berkata dia rasa seolah-olah seperti pergerakannya terhad dan tersekat serta tidak bebas daripada melakukan aktiviti fizikal, apatah lagi dalam meneruskan sebahagian penggambaran filem tersebut.

"Saya terjatuh berguling di tangga kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adengan babak kejar- mengejar. Akibatnya lutut kiri saya menjadi bengkak dan berlaku pendarahan dalaman yang serius disebabkan hentakan yang sangat kuat.

"Selepas mendapatkan rawatan, doktor mengenal pasti lutut saya retak akibat hentakan kuat itu dan saya dinasihatkan untuk berehat daripada melakukan aktiviti fizikal dan perlu berkerusi roda sekurang-kurangnya 6 minggu hingga ia betul-betul sembuh.

"Rasa terhina pula bila jadi begini. Sebab saya rasa sangat terikat serta tidak selesa apabila hanya boleh duduk sahaja dan tidak boleh berbuat apa-apa," katanya ketika ditemui di tayangan prebiu filem Hantu Gangster berlangsung di TGV Sunway Pyramid, tengahari semalam.

Ketika kemalangan tersebut berlaku, Farid Kamil sedang menjalani penggambaran Dampak di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang, pada Isnin lalu. Disebabkan insiden itu, Farid berkata, dia tidak dapat meneruskan beberapa aksi yang perlu dilakukannya di dalam Dampak.

"Akibat daripada insiden ini, produksi fiem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk menerusi baki babak-babak aksi yang melibatkan saya. Selebihnya, saya terpaksa berlakon dengan cara duduk atau berdiri tegak sahaja dan tidak boleh berjalan langsung.

"Memang agak kecewa dan rasa bersalah bila saya tidak dapat menerusikan aksi-aksi tersebut tetapi hendak buat macam mana. Keadaan saya langsung tidak mengizinkan saya untuk berbuat demikian," katanya kepada murai.com.my.

Selain filem Dampak, Farid bakal terikat dengan sebuah lagi filem berjudul Pengapit yang akan memulakan penggambaran pada 25 Julai ini iaitu ketika umat Islam di seluruh dunia sedang menyambut bulan ramadan.

"Saya terpaksa meneruskan penggambaran Pengapit kerana sudah bersetuju untuk melakukannya tetapi saya berharap mereka memahami situasi dan keadaan saya serta tidak memaksa saya melakukan akasi di luar kemampuan saya sekarang,"tambahnya lagi.

Komen-Komen | 3

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





sepatutnya anda bersyukur kerana masih diberi kesembuhan...knp rasa terhina bila berkerusi roda?? rezeki tu dari Allah..bila2 masa saja dia nk beri dan ambil semula..
ayu alia - 20-Jul-2012

rasa terhina? sepatutnya bsyukur kaki ble sembu..6 mgu ja...klo seumur hdup camana???
adakukesa - 19-Jul-2012

terase terhina ker ble bkerusi roda?ape la farid nie..so..kalau org bkerusi rodi nie hina ker?ayat farid nie bleh mguris kn hati org bkerusi roda..
EHEM.. - 19-Jul-2012