Hantu Gangster Ilham Dari Datuk Namewee

berita | Tempatan

Hantu Gangster Ilham Dari Datuk Namewee

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012: Pengarah filem serta pemuzik independent, Wee Meng Chee atau lebih dikenali dengan nama Namawee mengakui filem kedua arahannya berjudul Hantu Gangster diilhamkan daripada cerita gangster daripada datuknya sendiri.

Malah, Namewee yang pernah mencetuskan kontroversi kerana didakwa menghina lagu Negaraku itu berkata, cerita tersebut turut diangkat daripada kisah sebenar datuknya yang pernah berhadapan dengan ahli gangsterism satu ketika dulu.

"Sewaktu datuk saya muda, dia ada buka sebuah kedai makan dan kawasan kedai makannya penuh dengan ahli gangster. Jadi selalu berlaku kejadian-kejadian gangsterism di hadapan kedainya.

"Tetapi menurut datuk saya, gangsterism zaman dahulu dan sekarang berbeza kerana perlunya menjadi gangster ketika zaman dahulu adalah untuk survived dalam hidup dan melindungi diri.

"Berbeza dengan gangster zaman kini yang hanya mahu menggunakan kuasa semata-mata untuk menganaiya, bergaduh dan membunuh orang lain. Itulah yang cuba saya tonjolkan dalam filem ini yang mana hantu-hantunya merupakan gangster pada zaman dahulu dan manusia adalah gangster zaman kini," katanya kepada murai.com.my selepas selesai tayangan prebiu filem Hantu Gangster di TGV, Sunway Pyramid, tengahari semalam.

Selain mengarah, Namawee turut membintangi Hantu Gangster yang membariskan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Diana Danielle, Taiyuddin Bakar, Dato' Jalaluddin Hassan, Noh Hujan, Mizz Nina, Amber Chia dan ramai lagi. Selain mengarah, Namawee turut sama membintangi filem ini.

Meskipun mengangkat nama gangster dalam judul filemnya, namun, Namewee berkata ia bukan bertujuan memartabatkan elemen negatif itu tetapi hanya kiasan kepada mesej perpaduan kaum di negara ini.

"Gangsterism adalah konsep kepada cerita ini sahaja. Kalau ditonton kembali, sebenarnya bukan mesej gangster itu yang hendak disampaikan sebaliknya ia lebih kepada menonjolkan perpaduan kaum di Malaysia yang terdiri daripada 3 bangsa. Malah cerita ini merupakan filem bergenre seram komedi yang banyak menonjolkan elemen budaya dan kesepakatan," jelasnya yang juga pengarah Nasi Lemak 2.0

Hantu Gangster yang bakal ditayangkan bermula 8 Ogos ini merupakan filem yang mempunyai tiga bahasa. Di mana 70 peratus daripadanya menggunakan bahasa Melayu, manakala 30 peratus daripadanya adalah campuran bahasa Mandrin, Hokkien dan juga Tamil.

Secara ringkas, Hantu Gangster mengisahkan mengenai Te Sai (Namewee) yang merupakan seorang bapa kepada anak lelaki yang berusia 12 tahun. Hidup mereka sangat susah. Kerana terdesak, di satu upacara pengebumian ketua kumpulan gangster atau samseng, dia telah mencuri sebentuk cincin milik si mati.

Akibat mencuri cincin tersebut, dia telah dihantui oleh 3 roh ketua kumpulan gangster yang meminta bantuannya supaya menghentikan satu bencana jahat yang diramalkan akan tercetus.

Te Sai yang licik dan enggan melibatkan dirinya dengan sebarang masalah berusaha untuk meloloskan diri daripada dibelenggu permasalahan tersebut namun akhirnya dia berjaya menemui keberanian untuk melaluinya.

Komen-Komen | 5

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





jalan ceta... i like.... i just hope its a comedy movie
ameetz - 22-Jul-2012

bila dapat datok ni...
lanun - 21-Jul-2012

bila dapat datok ni...
lanun - 21-Jul-2012

siapa namewee?Masih ingat lagi nama tu pernah menghina org melayu dan bendera negara ku.
melayu mudah lupa - 20-Jul-2012

asyik cerita gangster je....bnyk sangat ke gangster d mlysia?
my peace - 19-Jul-2012