Meraikan Moda Berusia 22 Tahun

stailista | Buletin Stailista

Meraikan Moda Berusia 22 Tahun

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

Email: ayie@astro.com.my

Twitter: @Stailista

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012: Jika dua tahun lalu sempena meraikan ulang tahun ke 20 Persatuan Pereka Fesyen Rasmi Malaysia (Moda), beberapa pereka fesyen veteran telah turun padang menjayakan sambutan bermakna itu.

Antaranya lebih 10 pereka fesyen tersohor dari era 80-an seperti Professor Datuk Dr Jimmy Choo, Zang Toi, Michael Ong, Andrew Gan, Eric Chong, Edmund Ser, Daniel Lim, Albert King, Alvin Tang dan Bill Keith.

Kelmarin, di lokasi yang sama Moda sekali lagi telah memilih pusat beli-belah Pavilion Kuala Lumpur bagi meraikan ulang tahun ke 22 persatuan berkenaan dengan menyenaraikan 30 pereka fesyen terhebat tanah air.

Meskipun dengan ketiadaan Datuk Jimmy Choo dan Zang Toi, namun majlis masih diraikan dalam suasana meriah terutama apabila kesemua jenama fesyen mengambil bahagian dalam memperagakan 3 rekaan terkini mereka.

Pereka fesyen bumiputera yang bernaung di bawah lembayung Moda iaitu Amir Luqman, Jendela KL, Nazleen Noor, Nuritha Harith, Rico Rinaldi, Syomir Izwa dan Jovian Mandagie telah berjaya menarik perhatian ramai dengan rekaan tersendiri masing-masing.

Malah perhatian tetap diberikan kepada rekaan eksklusif lagi menawan daripada pereka fesyen senior antaranya dari Michael Ong, Khoon Hooi, Melinda Looi, Bill Keith dan Eclipse by Sonny San.

Seperti biasa, setiap pereka fesyen diberi kelebihan membawa selebriti pilihan masing-masing untuk menggayakan persalinan mereka sebaik saja melalui permaidani merah di tengah-tengah pentas pusat beli-belah berkenaan.

Cukup istimewa apabila penyanyi tempatan bertaraf antarabangsa, Mizz Nina telah mengambil bahagian dengan melalui laluan runway dengan penggayakan persalinan edgy rekaan Michael Ong istimewa untuk ulang tahun berkenaan.

Klik di sini untuk melihat rekaan Michael Ong

Klik di sini untuk melihat rekaan Bill Keith

Klik di sini untuk melihat rekaan Syomir Izwa

Klik di sini untuk melihat rekaan Amir Luqman

Klik di sini untuk melihat rekaan Eclipse by Sonny Son

Klik di sini untuk melihat rekaan Jovian Mandagie

Klik di sini untuk melihat rekaan Khoon Hooi

Klik di sini untuk melihat rekaan Melinda Looi

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista