Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

gosip | Gosip kita

Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

addthis kongsi icon

FOTO: Ihsan THR Gegar

KL, 18 JULAI 2012: Murai Batu rasa semua pun dah sedia maklum bahawa pelakon Abby Abadi kini sudah pun melakukan penghijrahan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati.

Sepertimana anda semua, Murai Batu pun tumpang gembira dan rasa senang hati bila melihat perubahan yang berlaku terhadap Abby Abadi. Mudahan-mudahan kita semua akan dapat taufik dan hidayah yang samalah hendaknya.

Malangnya, tidak semua orang dapat terima perubahan Abby Abadi itu. Malah ada pihak yang terang-terang mengecam Abby Abadi.

Semuanya disebabkan keberanian Abby Abadi melahirkan pandangan terhadap beberapa isu semasa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita. Pandangan kritis yang dilontarkan itu pula mempunyai sentimen yang berbaur politik dan lebih berpihak kepada parti politik haluan kiri.

Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abby Abadi itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?

Namun, seperti mana kata Abby Abadi, dia sudah tidak takut untuk bersuara lagi, apatah lagi bila memperkatakan tentang sesuatu kebenaran mengikut konteks kefahamannya.

MURAIBATU: Abby Abadi makin manis bila bertudung...

Komen-Komen | 189

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





udah2 la komenyg mengarut ttg perubhan abby.kening tu perkara lepas kot.bukan dia gondolkan lepas berhijrah.ilmu x penah abis.tiap org ada hak nk bagi pendapat.spt abby komen isu semasa,sama la keadaan nyer nge korg komen isu ni.
penyu - 21-Jul-2012

ntah,yang korg nkpertikai sgt tu apsal,biarla dia nak berubah.berubah jgn kerana manusia tp Allah.Pas hanya medium.thats means,pas mampu membuka minda lapuk2 yg berhaluan kanan sgt tu.x perlu takut rezeki tertutup,rezeki Allah bagi.
penyu - 21-Jul-2012

Artis adalah manusia berjiwa halus/seni. mereka memerlukan platform untuk meluahkan kepada khalayak awam. Hiburan salah satu platform antara berjuta platform kat muka bumi ni. PAS adalah pilihan terbaru Aby. Hebat Aby, berani berubah! Tak nak UMNO.
kito - 20-Jul-2012

dia dh berubah tu ckup bagus ape? die b'suara melalui thp kefhman yg dia ade, so kalo rse die cetek ilmu, mmg tahap die takat tula. kalo korang rse ilmu korang lbih dari die, so b'suarala. jgn tau p'tikai org yg berani b'suara walau ilmu skit pulak!
saya - 20-Jul-2012

syukur mungkin ini hidayah untuk dia,kita manusia x tahu apa hikmah yg ALLAH S.W.T berikan pada beliau..mudah2an.
aqmal - 20-Jul-2012