Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

gosip | Gosip kita

Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

addthis kongsi icon

FOTO: Ihsan THR Gegar

KL, 18 JULAI 2012: Murai Batu rasa semua pun dah sedia maklum bahawa pelakon Abby Abadi kini sudah pun melakukan penghijrahan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati.

Sepertimana anda semua, Murai Batu pun tumpang gembira dan rasa senang hati bila melihat perubahan yang berlaku terhadap Abby Abadi. Mudahan-mudahan kita semua akan dapat taufik dan hidayah yang samalah hendaknya.

Malangnya, tidak semua orang dapat terima perubahan Abby Abadi itu. Malah ada pihak yang terang-terang mengecam Abby Abadi.

Semuanya disebabkan keberanian Abby Abadi melahirkan pandangan terhadap beberapa isu semasa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita. Pandangan kritis yang dilontarkan itu pula mempunyai sentimen yang berbaur politik dan lebih berpihak kepada parti politik haluan kiri.

Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abby Abadi itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?

Namun, seperti mana kata Abby Abadi, dia sudah tidak takut untuk bersuara lagi, apatah lagi bila memperkatakan tentang sesuatu kebenaran mengikut konteks kefahamannya.

MURAIBATU: Abby Abadi makin manis bila bertudung...

Komen-Komen | 189

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





alhamdulillah...teruskan berdakwah, mudah2an Allah bantu, Taufik dan hidayah itu hak Allah,Dia boleh beri pada sesiapa saja yang dikehendakiNya..
raz.. - 22-Jul-2012

Sebenarnya ilmu yg sdikit tu bila d kongsi n d plajari dr org lain akan brtambah dlm dirinya,biarlah dia mndekati golongan agama dalam parti pas,klau kita tgk arini,lebih ramai ilmuan yg katanya ilmu yg tggi tp takut mengatakan tentang hukum islam.
mohd - 22-Jul-2012

syabas buat kak abby.....sb dh brubah kpd yg trbaek.....pd artis yg laen bila lg?????takkan la nk tgu sakaratul maut dtg dlu kot....ptutnya cerita plng heboh bab artis yg xde adab sopan sb 2 lg bgus.....tgk muka ad rupa tp perangai hampeh nk mpos..tq
zack - 21-Jul-2012

berkata seluruh ulama' madzhab dan hadith "berilmu sebelum bercakap dan beramal" wajib adalah ilmu baru boleh berda'wah...dan setiap perkataan yg keluar dari mulut kita akan di pertanggungjawab di hadapan Allah nanti di hari kiamat kelak..Allahua'lam
minda melayu islam baru - 21-Jul-2012

salam , sejujurnya saya sokong 500 peratus apa yang abby lakukan dan berhijrah , abby dah nampak, dan kepada produksi Murai saya tahu , cik Murai pun takut nak cakap lebih lebih kan .. alah cik murai buat satu pilihan , kita UBAH je..
HAFIZ JIMBO - 21-Jul-2012