Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

gosip | Gosip kita

Hijrah Abby Abadi Kerana Islam Atau Pas?

addthis kongsi icon

FOTO: Ihsan THR Gegar

KL, 18 JULAI 2012: Murai Batu rasa semua pun dah sedia maklum bahawa pelakon Abby Abadi kini sudah pun melakukan penghijrahan untuk menjadi seorang muslimah yang sejati.

Sepertimana anda semua, Murai Batu pun tumpang gembira dan rasa senang hati bila melihat perubahan yang berlaku terhadap Abby Abadi. Mudahan-mudahan kita semua akan dapat taufik dan hidayah yang samalah hendaknya.

Malangnya, tidak semua orang dapat terima perubahan Abby Abadi itu. Malah ada pihak yang terang-terang mengecam Abby Abadi.

Semuanya disebabkan keberanian Abby Abadi melahirkan pandangan terhadap beberapa isu semasa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat kita. Pandangan kritis yang dilontarkan itu pula mempunyai sentimen yang berbaur politik dan lebih berpihak kepada parti politik haluan kiri.

Ada juga yang mempersoalkan tindakan Abby Abadi itu? Adakah Abby Abadi berhijrah kerana Islam atau kerana Pas? Apakah dengan penghijrahan awal tersebut, dia sudah mampu mengkritis apa saja dengan sewenang-wenangnya sedangkan banyak lagi yang perlu dilakukan untuk mendalami serta mencari gali ilmu Tuhan?

Namun, seperti mana kata Abby Abadi, dia sudah tidak takut untuk bersuara lagi, apatah lagi bila memperkatakan tentang sesuatu kebenaran mengikut konteks kefahamannya.

MURAIBATU: Abby Abadi makin manis bila bertudung...

Komen-Komen | 189
Hantar Komen Anda
apa yg Abby Abadi buat tu btul...Tak salah nak bersuara...Itu hak masing2...So, jgn la pertikaikan Abby pkai tudung kerana Pas plak!
ir - 31-Jul-2012

IKUT SUKA DIA LER.....
MINAH - 31-Jul-2012

biasala kalu buat benda baik dipertikaikan.. cuba jgn nak dipolitikkan sgt benda2 mcm ni
ash - 31-Jul-2012

Aurat wanita dari hujung rambut hingga hujung jari kaki, oleh tu faham2lah, dlam kitab alquran dah tulis hukum-hakam kenalah belajar.
zz - 25-Jul-2012

mcm2 skrg dh timbulkn...dulu pas mngata artis mcm2..now dh trblk artis mngikut pas...aduhhhh....
imah - 24-Jul-2012