Tonton The Smurfs Versi Bahasa Malaysia Syawal Ini

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Tonton The Smurfs Versi Bahasa Malaysia Syawal Ini

addthis kongsi icon

Susunan oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 18 JULAI 2012: Debaran dan kehangatan Syawal mulai terasa apabila pelbagai acara dan program telah dibuat bersempena dengan kedatangan bulan mulia ini. Saluran hiburan HBO Asia misalnya, telah mengambil inisiatif dengan berkongsi kemeriahan Aidilfitri melalui tayangan istimewa The Smurfs yang dialihsuara kepada bahasa Malaysia.

Menariknya, filem animasi box office Hollywood itu telah menggunakan khidmat suara-suara personaliti, pelakon hebat tempatan beserta beberapa wartawan hiburan untuk The smurfs versi Melayu.

Antara personaliti dan pelakon hebat tempatan yang telah meminjamkan suara mereka untuk The Smurfs adalah Aznil Nawawi dengan bakat yang pelbagai dan riuh, selaku Gargamel iaitu ahli sihir yang jahat; artis popular Yusry Abdul Halim dari KRU ( Brainy Smurf); pemenang Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia, Lisa Surihani (Smurfette) serta pemenang Akademi Fantasia Musim 7, Hafiz Suip (Clumsy Smurf).

Turut ditampilkan dalam The Smurfs versi Melayu adalah pelakon, penyanyi dan hos TV Dato' AC Mizal dan isteri Datin Emylia Rosneida yang meminjamkan suara untuk pasangan manusia, Patrick dan Grace Winslow iaitu rakan-rakan Smurfs serta pemenang Pelakon Pembantu Terbaik Anugerah Skrin mengalih suara untuk Odile.

Lebih istimewa, ia turut menampilkan suara Datuk Jalaluddin Hassan sebagai perawi jalan jalan cerita beserta para blogger terkenal tempatan iaitu Budi daripada Budiey.com selaku Vanity Smurf dan blogger BeautifilNara.com Nazuwan Ahmad (Greedy Smurf). Radio ERA turut menghantar wakil mereka Haniff, Ray dan Adifashla untuk suara Henri,Grouchy Smurf dan Handy Smurf.

Manakala, Hazama dan Shiro daripada Raja Lawak terlibat sebagai Gutsy Smurf dan Jokey Smurf.

Ia juga bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 HBO Asia dan ini adalah satu cara bagi mereka mengucapkan terima kasih kepada penonton di Malaysia yang menyokong keberadaan mereka selama ini.

Turut sama dihargai adalah rakan kongsi HBO iaitu Astro yang ternyata tidak pernah putus memberi sokongan padu terhadap saluran ini dengan mempersembahkan filem antarabangsa yang diubahsuai mengikut citarasa tempatan khas untuk penonton Astro.

Jadi jangan lupa untuk menonton The Smurfs dalam versi bahasa Malaysia pada hari raya pertama Aidilfitri ini iaitu pada 19 Ogos 2012 pada jam 8 malam di saluran HBO 411 dan HBO HD 431 hanya di Astro.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: