Teks oleh Haswari Ali
Email: ayie@astro.com.my
Twitter:@Stailista
KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Untuk kelihatan cantik bukan saja pada solekan dan juga pakaian yang disarung tetapi turut dilihat pada pemilihan warna kuku cantik berseri.
Sentuhan ini sering diketepikan oleh kebanyakan wanita kala bergaya. Pada hal jika ianya diambil peduli dengan pemilihan warna sesuai dan berkualiti tinggi, pasti ramai mata yang akan memandang apatah lagi telus memuji.
Inilah keistimewaan yang bakal diberikan daripada 31 pilihan warna panahan asmara jenama M.A.C untuk si cantik yang gemar merias kuku jari jemari agar tampak cantik sentiasa.
Benar, M.A.C begitu berani merealisasikan koleksi pewarna kuku dengan 31 warna dan 3 penyudah dengan permainan warna gelap ke dingin seperti dari pilihan Deep Sea dan Nocturnelle serta kombinasi warna ceria penyegar mata dari pilihan Fiestaware dan juga Morange.
Kepada si dia yang gemarkan warna kemilau bak bintang diangkasa, koleksi kali ini nyata tidak akan menghampakan si dara pujaan kala mahu berhibur di hujung minggu atau menghadiri majlis glamor undangan kenalan.
Cubalah Soiree iaitu pewarna kuku bewarna emas berliau perak ataupun Girl Trouble dengan simbahan warna merah jambu berkilat jika mahu tampil mempersona.
Malah, si dia juga akan tampak lebih sempurna dengan pemilihan warna asli atau togel daripada seleksi Skin dan Faint of Heart.
Untuk tampak seksi bak wanita Perancis yang hangat menggoda, Shirelle iaitu rona merah klasik dan juga Flaming Rose si merah darah adalah jawapan paling tepat jika mahu seantero mata jejaka memandang anda kala melangkah.
Nah! Daripada ritma penuh bergaya, glamor, memikat dan feminin, koleksi 31 rona daripada M.A.C kali ini pastinya akan membuat jiwa setiap wanita terpesona sehingga terlupa kecantikan juga sebenarnya datang dari hujung jari. Semua di jual pada harga RM42 sebotol.



















.jpg)
.jpg)
.jpg)
