Teks oleh Kheme Rosly
khemerosly@yahoo.com
KUALA LUMPUR, 17 JULAI 2012: Selepas produk sukan, haruman dan kad prabayar, kini tiba pula giliran minuman isotonik nombor satu 100PLUS mengambil penjaga gawang bola sepak ternama negara iaitu Khairul Fahmi Che Mat sebagai duta bagi minuman tenaga tersebut.
Bertempat di Restoran Rebung, Bangsar telah berlangsungnya majlis memperkenalkan Khairul Fahmi sebagai duta bagi minuman berkenaan.
Semua tahu dengan populariti Khairul Fahmi yang mengalahkan selebriti ketika ini. Dalam masa yang sama dia harus mengikuti jadual latihan yang ketat sebagai seorang pemain bola sepak negara.
Namun bagi Khairul Fahmi yang mesra disapa Apex berkata dia ada cara menanganinya.
"Bagi saya, fokus adalah kata kuncinya. Kalau kita lihat pada pemain bola sepak antarabangsa, ramai juga yang terlibat sebagai duta produk.
"Saya mengambil contoh David Beckham, dia juga menjadi duta untuk banyak jenama tetapi dia masih kekal menjadi pemain bola yang hebat.
"Saya anggap ini adalah rezeki dan bola sepak adalah dunia saya. Rezeki ini datang pun kerana penglibatan saya dalam bola sepak. Jadi saya harus berikan fokus utama pada karier dan jika ada masa terluang baru saya akan penuhi dengan aktiviti daripada pihak penaja,"komennya.
Apex juga tidak lokek untuk berkongsi rahsia mengenai petua menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan.
Baginya yang sudah lama menjadi pemain bola sepak, ia merupakan lumrah sebagai atlit dan tiada sebarang petua yang luar biasa.
"Apa yang menjadi amalan saya selama ini ialah tidur yang cukup, minum air yang banyak dan banyakan berehat.
"Sebelum saya dilantik menjadi duta 100PLUS, saya memang selalu minum minuman ini.
"Bagi saya 100PlUS memang sesuai untuk semua orang kerana ia merupakan minuman yang memberikan anda lebih tenaga dan sebagai seorang atlit, saya perlukan 100PLUS untuk mengekalkan kecergasan pada bila-bila masa sahaja,"tambahnya lagi.
Jejaka berusia 23 tahun ini, akan mula sibuk selepas hari raya tahun ini kerana perlu menjalani latihan bagi mengharungi beberapa perlawanan besar yang akan datang seperti Piala Suzuki dan Piala Malaysia.
Anak kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang yang akan beraya disamping keluarga pada lebaran tahun ini, turut berkongsi juadah kegemarannya ketika berbuka iaitu kuih seri muka dan sotong rebus masakan ibunya.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
