Siapa Jejaka Bernama Parvel Di Hati Lana Nordin?

berita | Tempatan

Siapa Jejaka Bernama Parvel Di Hati Lana Nordin?

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali

Foto oleh Mazlan Yunos Photography

KUALA LUMPUR, 16 JULAI 2012: Biarpun sedang dilanda kontroversi berikutan fotonya yang seksi berbikini tersebar meluas internet, namun pelakon Lana Nordin tetap tidak segan silu membawa seorang jejaka kacak tinggi lampai di majlis memperkenalkan koleksi Rafflesia White South Sea Pearls dan baju raya turquoise Ariff Shukor di Rafflesia Pearl Centre, Hotel Park Royal, Jumaat lalu.

Jejaka yang dikenali sebagai Parvel, ini dikatakan adalah teman istimewa Lana Nordin, namun sukar untuk mengaitkan dia sebagai lelaki yang sama yang dilihat bersama Lana Nordin di dalam fotonya yang penuh kontroversi itu. Ini kerana lelaki yang dilihat di dalam foto 'panasnya' itu mempunyai fizikal yang rendah jika dibandingkan dengan ketinggian Parvel.

Lana Nordin bagaimanapun agak keberatan untuk memberikan sebarang kenyataan mengenai si jejaka kelahiran Republik Czech itu. Bagaimanapun, dia memberikan kerjasama apabila pihak jurugambar ingin merakamkan gambarnya bersama jejaka berkenaan.

Komen-Komen | 14

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





sape ni??ishh..tlgla..... xblh bla....asyik cter psl dia aje!!
feeda_4390 - 19-Jul-2012

kadang2 yg sexy macam ni x buang anak dalam tandas tp yg berlitup yg buang anak merata rata...dah terlampau malu ......so jgn terlalu sangat mengata pada lana..Tuhan sekarang bayar cash...
sue21 - 18-Jul-2012

sudah2 le tu tayang body sana sini, kalu awak bertudung rasanya lagi manis kut , renung & fikir2 kanlah
bidan kampung - 17-Jul-2012

lantak mu lh.... jjni lana bhgia
sue - 17-Jul-2012

...u hv to b in the right muslimah clothing...
wanita idaman - 17-Jul-2012

1 2 3