Anugerah Blockbuster 2011: Mana Nasi Lemak 2.0?

gosip | Gosip kita

Anugerah Blockbuster 2011: Mana Nasi Lemak 2.0?

addthis kongsi icon

KL, 16 JULAI 2012: Sebuah lagi anugerah baru iaitu Anugerah Blockbuster telah pun diwujudkan untuk menghargai usaha karyawan filem tempatan dalam menghasilkan karya-karya filem yang bermutu serta digemari ramai penonton.

Menariknya, Anugerah Blockbuster 2011 yang mempertandingkan 14 kategori ini diwujudkan untuk memberi peluang kepada penonton untuk menentukan sendiri filem mana atau pelakon mana yang mereka rasakan layak untuk menang.

Pendek kata, penonton yang diberikan kuasa atau mandat untuk menjadi juri. Sebijik macam Anugerah Bintang Popular yang dianjurkan akhbar Berita Harian. Cuma tumpuannya lebih khusus diberikan terhadap bidang perfileman.

Rasa Murai Batu, ini satu konsep yang cukup menarik. Sebabnya, kita yang beri peluang pada penonton untuk membuat penilaian sendiri.

Lagipun sebelum ini, macam-macam rasa tidak puas hati yang selalu kita dengar bila sekumpulan juri profesional menilai sejumlah kategori yang dipertandingkan dalam anugerah yang berprestij seperti Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin.

Jadi, kali ini biarlah penonton yang menjadi juri. Dari situ, ia mungkin mampu membantu karyawan filem untuk mengetahui selera dan citarasa penonton tempatan.

Cuma yang membuatkan Murai Batu rasa khuatir adalah, selalunya yang menjadi pilihan kebanyakan penonton nanti terdiri dari kalangan filem-filem yang langsung tidak menjana minda.

Alamatnya nanti, hancurlah industri perfileman kita yang tidak sebesar mana ini.

Dah terlanjur bercakap tentang Anugerah Blockbuster 2011 ini, Murai Batu dengar filem Nasi Lemak 2.0 yang diarahkan serta dilakonkan Namanwee khabarnya dianggap tidak layak untuk dipertandingkan di dalam anugerah ini.

Sebabnya, ia telah dilabel sebagai sebuah filem Cina yang tidak mempunyai unsur-unsur keMalaysiaan. Hmmm...Betulkah wahai pembaca semua?

Betulkah filem yang telah meraih kutipan sebayak RM7 juta serta memperoleh pelbagai anugerah di negara luar ini tidak berteraskan konsep 1Malaysia?

MURAIBATU: Ramai geng beritahu, dia orang hampir pecah usus perut bila tengok Nasi Lemak 2.0.

Komen-Komen | 2
Hantar Komen Anda
susah nak jumpe filem bercirikan satu malaysia..
sarah - 16-Jul-2012

buat apa beri peluang pada manusia yg dah menghina negaranya sendiri .baguslah kalau filem bangang tu tak layak !
anymous - 16-Jul-2012