Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber

berita | Tempatan

Arina Gadis Bertuah Dipeluk Justin Bieber

addthis kongsi icon

Teks oleh Kheme Rosly

khemerosly@yahoo.com

KUALA LUMPUR, 14 JULAI 2012: Bintang remaja pop nombor satu dunia, Justin Bieber kembali sekali lagi ke Malaysia bagi menjayakan sidang akhbar Asia Tenggaranya yang pertama bagi album keduanya Believe, selain bakal membuat persembahan di MTV World Stage Live In KL di Sunway Surf Beach Sunway Lagoon pada petang ini.

Majlis sidang akhbar album terbarunya Believe, yang berlangsung di dewan Plenary di Kuala Lumpur Convention Centre dihangatkan dengan kehadiran ratusan media daripada seluruh rantau Asia Tenggara termasuk para peminat bertuah yang mendapat peluang keemasan berjumpa idola dunia ini.

Selepas hampir dua jam menunggu figura tersohor dunia ini, dia membuat kemunculan sekitar jam 2.15 petang. Ucapan 'hello' dan 'saya rindukan anda' yang pertama terpacul daripada mulut remaja yang baru berusia 18 tahun itu.

Petang tersebut menjadi hari yang tidak akan dilupakan oleh gadis berusia 13 tahun bernama Arina yang dibawa naik keatas pentas dan menerima pelukan daripada penyanyi tersebut ketika menyanyikan lagu penutupnya, Boyfriend.

Ditemani pemain gitar, Justin Bieber mula membuat persembahan secara akustik dan dimulakan dengan lagu terbarunya Die In Your Arms sebelum meneruskan mini showcase tersebut dengan lagu One Less Lonely Girl.

Dewan diselang seli dengan jeritan para peminatnya apa bila dia menyanyikan lagu yang membawanya terkenal di mata dunia iaitu Baby. Kemudian dia meneruskan persembahan dengan lagu berjudul Fall yang menurutnya merupakan pertama kali dia membawakanya secara live.

Sebuah lagi lagu daripada album terbaru iaitu Be Alright didendangkan oleh Justin sebelum memperdengarkan single terbarunya iaitu As Long As Love Me.

Usai menyanyikan tujuh buah lagu daripada album terdahulu dan Believe, majlis diteruskan dengan sesi temuramah dimana Justin Bieber membuka peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan kepadanya.

Dalam pada itu, Arina yang ditemuramah setelah berakhirnya sidang akhbar mengatakan bahawa dia seperti tidak percaya dan seolah bermimpi apabila dipilih untuk naik kepentas dan mendapat pelukan daripada idola ternama dunia tersebut.

Komen-Komen | 63

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





dunia dah akhir zaman...parents membiarkan anak dipeluk di khalayak ramai...to brown eyed girl...aku rasa ko dengki tak dpt peluk JB sebab tu statement ko camtu...lehhh
luv islam - 18-Jul-2012

just a hug and you say chill out? perkara-perkara haram dan merosakkan anak bangsa kita kena tutup mata dan pekakkan telinga? come on la..we're Muslims! ada hukum, ada rules and regulation. bukan boleh langgar suka hati then say chill!
sad - 18-Jul-2012

just kena peluk.. maybe pegang bahu je... mybe bkn peluk ketat2 mcm crita omputih tu.. korg nie dah hebat sgt ke sampai nak menjatuhkan hukum kat Arina nie? mmg kita kena saling mengingati, tp x pyh la sampai nak menjatuhkan hukum.
xsokong sapa2 - 17-Jul-2012

Buat dosa ja...
FEFEFE - 17-Jul-2012

Ish3 budak zaman sekarang ni..inilah diagung2 sgt...bertuah k?haha...
ape2 aje - 17-Jul-2012