Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 13 JULAI 2012: Susulan daripada artikel pelakon, Lana Nordin di murai.com.my beberapa hari lalu mengenai penjelasannya tentang gambarnya berbikini tersebar, ramai pihak yang menghentam pelakon berkenaan yang selama ini digelar Pamela Anderson Malaysia.
Malah, tidak kurangnya yang cuba menasihati pelakon berkenaan supaya dia tidak sepatutnya mengenakan pakaian separuh berbogel itu, lebih-lebih lagi sebagai seorang yang beragama Islam.
Walau bagaimana pun, Lana yang ditemui ketika majlis memperagakan koleksi baju Raya rekaan Arif Shukor anjuran Rafflesia di Hotel Park Royal, berkata pihak berkenaan tidak sepatutnya menghukum perlakuannya sewenang-wenangnya apatah lagi sesama umat manusia.
"Saya ada baca semua komen-komen yang diberikan kepada portal murai.com.my mengenai foto saya itu dan saya sedar ramai yang tidak berpuas hati dengan saya.
"Saya faham mereka seperti cuba menasihati saya, tapi bagi saya tidak perlu lah sampai menghukum saya sehingga begitu rupa.
"Kalau nak dikira dosa, berlakon itu pun kerja yang bagus ker? Kalau macam itu saya pun tak boleh berlakon lah? Jelasnya kepada murai.com.my yang seperti mempersoalkan kembali komen-komen yang diberikan kepadanya.
Tambah Lana lagi, dia tidak bersetuju jika ada pihak yang sudah melabelkannya sebagai pelakon yang suka berpakaian seksi.
"Saya tak rasa pakaian saya seksi, lebih-lebih lagi ketika berlakon. Bagi saya seperti biasa sahaja dan tidak terlalu seksi.
"Saya tidak tahu bagaimana orang boleh lihat saya seksi. Mungkin ada pihak yang merasakan saya seksi kerana bentuk badan saya yang lebih besar di bahagian tertentu.
"Selain itu saya rasa seksi itu dilabelkan kepada saya kerana saya sering melakonkan watak menggoda serta antagonis seperti wanita yanga jahat," luahnya lagi.
Dalam artikel terdahulu, Lana akui kecewa kerana foto peribadinya telah disebarkan oleh rakan baiknya sendiri. Namun rakan baiiknya telah pun mengakui kesilapan dan meminta maaf.
Disebabkan foto tersebut, Lana memebritahu dia telah dimarahi keluarga yang kecewa dengan tindakkannya ketika itu.










