Umrah Hanya Alasan Azwan Ali Untuk Lari Rumah

ramadhan & raya 2012 | Cerita R&R

Umrah Hanya Alasan Azwan Ali Untuk Lari Rumah

addthis kongsi icon

Teks:Razif Rosdi
Twitter: @AjiebRosdi

KUALA LUMPUR, 19 JULAI 2012: Setiap kali menjelang Ramadan, pengacara sensasi, Azwan Ali pasti mencanang satu Malaysia bahawa dia bakal berangkat ke tanah suci Kota Mekah untuk menunaikan umrah.

Disebalik pengumuman itu, timbul pula spekulasi menyatakan Azwan sengaja mencari peluang untuk mengerjakan umrah atas dasar mahu melarikan diri dari rumah sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

Menjawab persoalan ini, Azwan yang ditemui ejen murai.com.my, Ajieb Rosdi untuk program Propaganza di Astro Ria (saluran 104) memberitahu tuduhan itu hanyalah datang dari pihak yang kurang puas hati terhadapnya.

"Peduli apa orang cakap tentang itu. Saya bukannya nak riak atau pun nak menunjuk-nunjuk. Saya pergi kerana saya mampu dan tidak pun menggunakan duit orang lain," ujarnya.

Dalam pada itu, Azwan turut menyangkal dakwaan pemergiannya itu disebabkan dia mahu mengelakkan diri daripada berjumpa adik-beradiknya.

Lebih mengejutkan lagi, Azwan melenting tatkala menjawab pertanyaan yang menyentuh hal adik-beradik yang dianggapnya tidak lagi ada dalam kamus hidupnya.

Apa sekalipun, dalam sesi rakaman itu, Azwan turut menjelaskan segala tohmahan terhadap dirinya berkaitan Ifa Raziah dan Roslan Syah.

Jangan ketinggalan untuk menonton segmen Mulut Murai di Propaganza Ahad ini di Astro Ria (Saluran 104) jam 12 tengah hari.

Anda juga boleh menontonnya di saluran definasi tinggi Astro Mustika HD (Saluran 134).

Komen-Komen | 1

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





biarlah..duit dia.. xkan nk duduk rumah jer x kemana2.. lebih baik g umrah drpd duk rumah ngumpat sana sini.
abbiey - 30-Jul-2012