MUMBAI, 12 JULAI 2012: Nampak banyak pihak media di Bollywood yang bengang dengan aktor Abhishek Bachchan. Apa tidaknya, sejak isterinya, Aishwarya Rai melahirkan cahayamata pertama mereka, Aaradhya, dia masih tidak mahu menunjukkan anak perempuan mereka kepada pihak umum.
Khabarnya, Abshihek Bachchan memang tidak mahu pihak media merakamkan wajah anaknya itu. Disebabkan itu, dia cukup berhati-hati apabila membawa anaknya itu keluar.
Ada sumber memberitahu tindakan Abhishek Bachchan menyembunyikan anaknya itu adalah disebab perjanjian yang dibuatnya bersama sebuah majalah antarabangsa.
Khabarnya lagi, dalam perjanjian tersebut, Abshishek Bachchan tidak boleh tunjukkan wajah anaknya itu kepada pihak umum selagi ianya tidak dipaparkan secara eksklusif oleh pihak majalah berkenaan.
MURAIBATU: Entah macam mana agaknya rupa Aaradhya itu ya?










