Gambar Berbikini Tersebar, Lana Nordin Dimarahi Keluarga

berita | Tempatan

Gambar Berbikini Tersebar, Lana Nordin Dimarahi Keluarga

addthis kongsi icon

Teks oleh Syafiqah Jalal

KUALA LUMPUR, 12 JULAI 2012: Pelakon yang digelar Pamela Anderson Malaysia iaitu Lana Nordin akui kecewa apabila foto peribadinya berbikini yang sedang bercuti di Bali, Jakarta tersebar di dalam laman sesawang dan blog baru-baru ini.

Malah, Lana Nordin berkata foto yang menampakkan tubuhnya separuh bogel itu telah memberi kesan kepada diri dan keluarganya yang turut kecewa dan telah memarahinya.

"Apabila foto itu tersebar, orang pertama yang saya fikir adalah keluarga. Saya lebih memikirkan hati keluarga daripada orang lain ketika itu kerana mereka adalah orang yang paling penting dalam hidup saya.

"Ibu bapa mana yang tidak marah jika lihat anaknya begitu. Sama juga dengan ibu bapa saya, mereka terlalu marah bila melihat aksi saya dalam foto tersebut. Mereka juga membebel kepada saya atas perbuatan saya itu. Namun mereka pun tidak boleh hendak marah berlebihan kerana saya pun sudah dewasa.

"Walau bagaimana pun saya sudah meminta maaf kepada mereka dan akui itu kesilapan saya," katanya ketika dihubungi oleh murai.com.my

Dalam foto tersebut, Lana yang berbikini bra dan skirt pendek itu berpelukan dengan seorang lelaki mat salleh dan bersama rakan-rakannya yang lain.

Meskipun kecewa atas apa yang berlaku, namun Lana memberitahu tiada apa yang boleh dilakukan lagi kerana yang mula memuat naik foto tersebut ke laman sosial Facebook adalah rakannya sendiri.

"Saya sebenarnya tidak mahu mengulas lanjut lagi kerana gambar itu di ambil tahun lalu tetapi baru kini saya tahu ianya sudah mulai tersebar. Saya pun tidak tahu bila gambar peribadi saya itu tersebar sehinggalah rakan saya sendiri mengaku dia telah memuat naik ke dalam laman sosial, Facebook dan telah meminta maaf kepada saya.

"Saya nak marah pun tak guna kerana yang melakukannya adalah rakan saya dan dia pun sudah meminta maaf. Silapnya, itu gambar peribadi dan tidak sepatutnya disebarkan," luahnya.

Sungguh pun begitu, Lana menegaskan apa yang berlaku bukan sengaja dirancang untuk meraih atau mencari publisiti murahan.

"Saya tidak akan mencari publisiti murahan seperti ini. Lagipun saya bukannya artis baru yang mengharapkan publisiti dengan cara begini. Bukan saya sengaja menyebarkannya kerana itu gambar peribadi saya. Malah saya sendiri tidak merelakan ianya tersebar," tambahnya lagi.

Lana yang sedang menjalani penggambaran drama bersiri berjudul Qisma untuk TV3 tayangan Ramadan itu bakal muncul dengan filem Lagenda Budak Setan 2 dan Tokak dijangka tahun ini.

Komen-Komen | 73

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Mase buat tak Ingat plak keluarga kan...mcm2
- 12-Jul-2012

ntah pape....dh mmg nk pkai cmtu..dh tsebar ckp pk mak ayh...pe daa...xlogik lgsg..sblm nk pkai nape xpkir cmtu dlu...hmm artis mlayu mlysia shouldnt be like dis...where's ur attitude as a muslim...?? so dissapointed..
anonymous - 12-Jul-2012

Org yg xda otak jee yg buat mcm tuu.. haiwan skrg pun dah pkai baju tau tutup aurat lagi tp knp manusia yg ada otak xleh berfikir.zaman skrg siapa yg ada prsn dan otak manusia ke hiawan.
mann Quality - 12-Jul-2012

base tak malu betul,kita ni org islam weiiii jg la aurat tu,jgn nk dedah sesuka ati kat org ramai.....
secret - 12-Jul-2012

bodoh laa betina ni.yg kau dah kau tu artis yg kau pegi pkai mcm2 buat apa.....bila gmbr bogel trsebar mula kecewa,sedih,malu...masa kau pkai xapa plak drpd cam tu baik kau BOGEL trus senang....
mizz - 12-Jul-2012