Raya Musim Panas Cara Rico Rinaldi

ramadhan & raya 2012 | Fesyen Stailista R&R

Raya Musim Panas Cara Rico Rinaldi

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali
Foto oleh Rico Rinaldi Kuala Lumpur
Twitter:@Stailista
Email: ayie@astro.com.my


KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2012: Bukan semua pereka fesyen mampu merealisasikan persalinan sempena hari raya yang praktikal dan nampak selesa untuk digayakan di pagi lebaran.

Namun meneliti 18 persalinan rekaan pereka fesyen Rico Rinaldi menerusi koleksi Summeraya by Rico Rinaldi 2012, boleh dikatakan pereka fesyen inovatif ini mampu melahirkan sesuatu yang luar biasa tetapi masih sempurna.

Selari dengan material bercetak yang menjadi trend pada musim ini, Rico Rinaldi tidak mahu ketinggalan menampilkan fabrik jenis itu untuk beberapa rekaannya agar tampak lebih segar dan lebih meriah bagi meraikan hari mulia berkenaan.

Malah sesuai dengan nama koleksi berkenaan yang dilhamkan untuk meraikan lebaran dalam situasi cuaca yang panas, pemenang Pereka Muda Terbaik Anugerah Pesona Tenun Berita harian 2011 itu telah menggunakan material selesa seperti kain kapas dan cifon dalam setiap rekaannya.

Tidak kurang juga penggunaan manik dan juga fabrik lace yang tidak keterlaluan bagi memberikan kesan glamor ke dalam diri si pemakai.

Keseluruhan rekaannya juga banyak berorientasikan etnik dan keindahan alam sekitar yang masih tidak banyak lari dengan ritma baju kurung dan kaftan yang sememangnya sering menjadi pilihan si jelita untuk bergaya di hari istimewa.

Menurut pereka fesyen itu sendiri, Summeraya 2012 memberi ilham baru dalam rekaan baju sempena lebaran yang diilhamkan khusus buat wanita moden hari ini dalam pelbagai usia dan peringkat.

"Ia merupakan koleksi yang menggabungkan etnik dan alam sekitar dalam gabungan yang cukup indah," katanya dalam satu kenyataan.

Kepada yang teringin untuk menggayakan persalinan indah sempena lebaran rekaan Rico Rinaldi boleh hubungi 03-87331860 atau email ke rico_rinaldi@yahoo.com/atelierrinaldi@gmail.com. Keterangan lanjut layari www.ricorinaldi.com.

Klik di sini untuk melihat koleksi Summeraya Rico Rinaldi

Klik di sini untuk melihat koleksi Atelier Rinaldi

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal: