Foto Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar

gosip | Gosip kita

Foto Perkahwinan Pertama Suami Irma Hasmie Tersebar

addthis kongsi icon

KL,11 JULAI 2012: Baru saja Murai Batu hendak menarik lafaz lega mengenai pengakuan ibu Irma Hasmie terhadap menantunya, Redza Syah yang dikatakan berstatus duda, tiba-tiba Murai Batu didatangi pula informasi terkini mengenai isu tersebut.

Menerusi informasi yang dipetik dari sebuah blog butik pengantin, Redza yang segak orangnya pernah melangsungkan majlis persandingan bersama wanita yang bernama Farah Diana di sebuah rumah di Lembah Jaya Selatan, Ampang .

Selain informasi tersebut, terkandung juga gambar persiapan persandingan bersertakan gambar pelamin. Cuba tengok gambar di atas. Gambar inilah yang MUrai Batu terima dan ingin kongsikan bersama pembaca semua.

Bukan berniat untuk mengeruhkan keadaan, Murai Batu hanya mahu mencari jawapan benar mengenai isu status Irma yang dipersoalkan ramai pihak. Jadi, Murai Batu berharap sangat kepada Irma Hasmie agar dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan mengenai cerita yang mengheret dia bersama suaminya sebaik saja dia pulang dari berbulan madu di Australia.

Lagipun, seorang teman memberitahu dia kenal dengan seseorang keluarga di sebelah pihak Redza. Dia sendiri mengesahkan bahawa Redza memang pernah berkahwin sebelum ini. Dia juga turut kelihatan di majlis kahwin Redza dengan Irma.

Setakat ini pun, Murai Batu masih belum membaca sebarang artikel mengenai pengesahan status suami Irma itu.

Yang pasti, sewaktu pernikahan Ning Baizura dulu pun, pihak media baru saja mendapat tahu suaminya itu seorang duda selepas mereka berdua sah menjadi suami isteri.

Sebagai insan biasa, Murai Batu doakan Irma Hasmie bahagia dengan Redza dan anggaplah ini sebagai resam kehidupan sebagai seorang yang dikenali.

MURAI BATU: Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Komen-Komen | 275

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





ape da murai ni...mmg sesuai la nama murai batu..asik nk lempar batu sakitkn ati org...bertaubatlah incik murai x pasal2 kena hempak dek atu karang...ish2
adoi.. - 26-Jul-2012

yg teman kenal seseorang keluarga sebelah phk redza tu....penyibuk ke hapa. klu dh kenal, diam2 sudahla. nk tolong sama masuk saham ke... ingatla...jodoh tu ketentuan allah. kita ni sapa nk persoalkan.doakn sahaja cukupla
nuscahaya78 - 25-Jul-2012

sibuk tul murai ni..ko sapa mo d bg penjelasan...bkn bapa irma pn...so jgn tlmpau sibuk..
xc - 25-Jul-2012

sian irma dan suami..murai,tak baik buka aib org. semoga irma dan suami bahagia dunia akhirat.amin.
sparta_kook - 24-Jul-2012

Cerita anak2 org kaya,vvip..hebat...kita baca je dah.mcm artis ek xwife....cantikkkkk...doa2 kebahagiaan pd diri sendiri dulu le sbb kita pn takad mana lah.
puteri - 24-Jul-2012