Prince Of Pop Dan Max 24:7 Bermusuh?

gosip | Gosip kita

Prince Of Pop Dan Max 24:7 Bermusuh?

addthis kongsi icon

KL, 22 JULAI 2012: Selain kisah penceraian artis yang mendapat liputan luas media, Murai Batu lihat cerita pergaduhan antara selebriti juga semakin mendapat perhatian.

Malah, selepas satu kes selesai, datang satu lagi kes tersebar di dada akhbar atau pun internet.

Terbaru, Murai Batu mendapat tahu, kumpulan anak didik produser dan penyanyi, Cat Farish iaitu POP (Prince Of Pop) cemburu dengan kumpulan Max 24:7.

Dalam bahasa jahatnya, POP dengki dan menganggap Max 24:7 sebagai musuh. Betul ke?

Dengarnya, kes ini berbangkit berikutan hal penerimaan bayaran yang diterima Max 24:7 pada Hari Belia 2012 yang diadakan di Putrajaya, Mei lalu.

Selain cemburu dengan bayaran Max 24:7 yang mencecah hampir RM100,000, POP yang dibarisi empat anak muda dari Kota Kinabalu ini dikhabarkan cemburu dengan Max 24:7 yang dipilih mengadakan persembahan di pentas utama bersama artis K-Pop yang hadir.

Malah, mereka telah melabelkan kumpulan ini masih belum setaraf untuk mengadakan persembahan di pentas itu.

Bagaimanapun, menurut sumber yang mahu kes ini segera selesai memberitahu kritikan ini sebenarnya diluahkan oleh salah seorang orang kuat kumpulan Pop.

Siapa orang kuat itu? Cat Farish ke? Tak mungkin Cat berbuat sebegitu kerana kalau Murai Batu tidak silap, Cat seorang yang amat profesional.

Apa sekalipun, diharap gosip ini bertemu jalan penyelesaian kerana sememangnya dalam industri hiburan kita ini amatlah kecil sangat. Pusing-pusing jumpa juga.

Janganlah bermusuh tetapi bersainglah untuk kejayaan bersama.

MURAI BATU: Bakat dan idea paling diambil berat untuk menjadikan artis itu berjaya.

Komen-Komen | 6

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





der.. jangan kutuk depa... kesian sakai disamatarafkan dengan depa.. hahaha
der - 27-Jul-2012

Buat pe la nak cemburu kan. itukan rezeki masing2 :)
Haha - 26-Jul-2012

cehh...x patutlah ada komen mcm ni sbb POP bkn mcm tu..kmi POPpers tau yg idol kmi x mcm tu..nak gosip pun crilah brita btul..tgk ni..gmbr pun mcm guna gmbr lama..x logik btul lh korg ni..
missbeauty - 25-Jul-2012

Sebenarnya benda ni tak betul. Sebab saya sendiri ada menyaksikan dua kumpulan ini membuat persembahan di atas stage yang sama & saling beramah mesra pd Hari Belia di PJ yg lalu. Sedikit cemburu pun tiada. Rezeki masing-masing. Majulah muzik Pop!
Pop Fan - 25-Jul-2012

takde maknenye bergaduh,pasal mnde gituu . mikir lah sikit nak buat cite pon , ce tanye dulu tuan punye badan ? yeke tidak dieorg gaduh :)
QASYA - 25-Jul-2012