Teks oleh Haswari Ali
Twitter: @Stailista
KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2012: Sudah lama mempercayai bakat serta kreativiti pereka fesyen muda Syaiful Baharim, pelakon jelita Maya Karin telah dipilih bagi menjayakan kempen bagi meraikan lebaran tahun ini.
Bersama kempen Syawal by Syaiful Baharim 2011, perangkul Pelakon Filem Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 itu menyarungkan 12 persalinan cantik lagi mewah berinsiprasikan taman bunga-bungaan indah.
Malah sesuai dengan kewibawaan Maya Karin sebagai pelakon wanita tempatan bertaraf antarabangsa, koleksi kali ini sengaja menggunakan tema Primadona Melayu Alaf Baru sebagai penghormatan kepada aktres berkenaan.
Pengarah Urusan Baharim & Co Sdn Bhd, Megat Alfie berkata, koleksi Syawal kali ini sangat istimewa kerana menampilkan Maya Karin dalam penampilan cukup glamor sesuai dengan keterampilannya sebagai primadona filem Melayu.
"Memang sudah lama kami mengidamkan untuk menggunakan khidmat Maya Karin dan nampaknya kempen kali ini bersesuaian sungguh dengan dirinya yang memiliki ciri-ciri dan penampilan seorang primadona.
"Bukan itu saja, setiap satu persalinan dalam koleksi kali ini dimewahkan dengan pemilihan fabrik menawan, lakaran cetakan dan juga permainan batu hiasan yang memberi impak taman bunga serba indah," katanya.
Bagi merealisasikan kempen berkenaan, Syaiful Baharim telah mendandan rapi Maya Karin dengan teknik solekan persis seorang primadona yang terdahulu dengan himpunan busana rekaan eksklusif lagi mewah.
Kepada yang berminat untuk memiliki sekurang-kurangnya satu persalinan mewah rekaan Syaiful Baharim sempena kedatangan lebaran ini, pintu butik pereka fesyen berkenaan sudah mula dibuka.
Info
Lokasi: Baharim & Co Sdn Bhd, 267 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur
Tel: 03-22011480
Email: Enquiry@syaifulbaharim.com
Facebook: facebook.com/baharimco
Klik di sini untuk melihat koleksi Syawal by Syaiful Baharim 2012









.jpg)