KUALA LUMPUR, 18 JUN 2012: Lama Murai Batu tidak berada di hadapan ruangan Murai Batu menulis gosip.
Maklumlah mencari ketenangan dalam menjalani kehidupan yang penuh dengan gosip dan kontroversi yang hangat ini.
Minggu lepas, bermacam perkara dan cerita panas yang telah Murai kongsi dengan pembaca.
Mari kita lihat apa pula yang tersirat di sebalik media sosial yang menjadi medan semua orang meluahkan perasaan mereka minggu ini.
Belek punya belek mata Murai Batu terhenti melihat Instagram actor yang sering dilanda kontroversi.
Ingat Murai Batu ,hanya artis perempuan sahaja kontroversi, selebriti lelaki pun tidak terkecuali.
Siapa tidak mengenali pelakon Shahrizal Jaszle atau dulu dikenali sebagai Shahz Jaszle yang sebelum ini dikaitkan dengan ramai wanita antaranya Neelofa, Miera Liyana dan Maria Farida.
Namun selepas berakhir kisah cintanya dengan Miera Liyana dan dikaitkan pula dengan seorang gadis bukan selebriti, Shahrizal Jaszle seperti sepi daripada sebarang cerita panas.
Berbalik kepada Instagram, Shahrizal Jaszle semalam telah meletakkan sekeping gambar di mana tertulis di situ sebuah nota di dalam diari yang menunjukan bahawa Shah Jaszle bakal merisik kekasih hatinya Redzwani Puteri pada 15 Julai ini.
Betulkah apa yang berlaku ini? Amboi bukan main lagi berani Shahrizal Jaszle.
Bukan apa, walaupun merisik kalau sudah namanya artis pasti ada peminat yang sibuk menunggu di hadapan rumah.
Tetapi jika memang niat Shahrizal Jaszle untuk memberitahu para pengikutnya, bukankah itu satu perkara yang bagus?
Di dalam nota milik Redzwani Puteri itu, tertulis bahawa tarikh 15 Julai merupakan genap setahun mereka berkenalan.
Syukur Alhamdulillah jika benar mengenai perkara ini. Murai Batu ingin mengucapkan tahniah.
Mungkin masih terlalu awal tetapi ia merupakan perkara yang elok jadi tidak salah jika Murai Batu mahu mengucapkan tahniah.
Diharapkan jika ia dimulakan dengan merisik, Murai Batu doakan hubungan ini sampai ke jinjang pelamin.
Maklum sajalah hubungan Shahrizal Jaszle sebelum ini dengan selebriti tidak menjadi, mungkin sudah tertulis ini adalah pasangan hidupnya.
Tahniah sekali lagi Murai Batu ucapkan.
MURAI BATU: Selalu kalau merisik orang biasa bagi cincin belah rotan, tapi kalau para selebriti bagi cincin berlian ke?










