Susunan Razif Rosdi
Apa itu seksi? Di manakah penilaian seksi itu dibuat? Inilah antara pertanyaan yang seringkali diperkatakan peminat fanatik aktor popular Bollywood.
Apa yang pasti, Salman Khan yang dikenali dengan perangai suka membuka baju itu banyak kali tersenarai sebagai aktor paling seksi. Bagaimanapun, untuk tahun ini Salman masih lagi tercalon tetapi dia hanya berada di tangga ke-2 yang berkongsi tempat dengan John Abraham.
Pun begitu, artis yang mendapat undian tertinggi bagi tahun 2008 pula dimiliki hero filem Jodhaa Akbar, Hrithik Roshan. Selain wajah tampan dan lakonan mantap, Hrithik berjaya menjadi aktor popular berdasarkan pakej yang lengkap iaitu bertubuh tinggi dan tegap.
Malah, setiap kali penampilan baru dalam filem, Hrithik pasti menampilkan imej yang lain dari lain.
Sementara itu, satu-satunya aktor Bollywood yang masih gah namanya, Shah Rukh Khan (SRK) turut tersenarai dan berada di tangga ke-3. Sesungguhnya, keseksian SRK terletak bukan pada susuk badannya tetapi pada senyuman dan renungan mata yang menggoda.
Manakala, aktor yang berwajah keanak-anakan, Shahid Kapoor bersama pelakon baru, Upen Patel, masing-masing tersenarai di tangga ke-4 dan ke-5.
Semestinya, keputusan undian ini di peroleh dari sebuah laman web popular yang banyak memperkatakan tentang dunia hiburan Bollywood.
Berikut ialah senarai Bollywood paling seksi mengikut ranking
1. Hrithik Roshan
2. John Abraham & Salman Khan
3. Shah Rukh Khan
4. Upen Patel
5. Shahid Kapoor





.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)



