KUALA LUMPUR, 20 FEBRUARI 2012: Bukan sekadar pengeluar jamu kesihatan untuk golongan hawa tampil lebih menarik dan mempersona, Jamu Mak Dara juga turut mengeluarkan beberapa produk minuman harian buat seisi keluarga.
Terdiri daripada Kopi Mak Dara, Kopi Al-Habsyee dan Teh Al-Habsyee, keenakkan rasa asli kopi mahupun teh herba yang dikeluarkan dari jenama Jamu Mak Dara ini diadun dari herba-herba terpilih, selain mempunyai khasiat rawatan tubuh luar serta dalaman badan tiada tandingan.
Kopi Mak Dara merupakan kopi pilihan yang tepat untuk seisi keluarga tanpa mengira peringkat usia kerana ia sesuai diminum untuk sarapan pagi dan minum petang hari.
Diformulasikan dengan menggunakan ramuan herba semula jadi yang diadun bersama Kopi Arabica, terdapat banyak kelebihan dengan meminum kopi ini.
Kopi ini juga memberikan tenaga dalaman untuk meneruskan kerja-kerja seharian. Malah, kandungan Akar Serapat yang ada di dalam kopi ini dapat membantu untuk menganjalkan otot badan, menyekatakan tona warna serta menghaluskan kulit.
Bagi mendapatkan khasiat yang lebih optimum, Kopi Al-Habsyee dipercayai dapat melancarkan peredaran darah, meningkatkan kepadatan otot, membantu mengurangkan masalah kencing tidak lawas serta meningkatkan metabolisma badan.
Kajian menerusi kaedah teknologi sains dan nutrisi telah dijalankan dan hasilnya rumusan herba 100% asli ini nyata jelas dapat mempertingkatkan tahap kesihatan dan kenikmatan hidup yang lebih sempurna.
Keenakkan rasa asli kopi yang diadun dari gabungan herba terpilih seperti Tongkat Ali, ubi jaga dan misai kucing memberi kenikmatan rasa kopi sebenar.
Tahukah anda? Herba misai kucing berfungsi untuk mengurangkan kadar tekanan darah tinggi, membantu mengurangkan risiko diabetes, radang ginjal, masalah pundi kencing, batu karang dan kencing tidak lawas.
Manakala kelebihan Tongkat Ali ialah dapat menjadikan tulang lebih kuat, meningkatkan kepadatan otot dan membantu mengurangkan kadar lemak dalam tubuh melalui pembakaran tenaga yang tinggi.
Herba ini juga dapat mengurangkan tekanan serta meningkatkan fungsi daya otak termasuk daya ingatan. Ubi jaga pula dapat melegakan rasa panas dalam badan, malah ia juga bertindak sebagai 'aphrodisiac' dan tonik untuk kesihatan dan kesejahteraan tubuh.
Bagi mereka yang mengimpikan bentuk badan yang langsing serta kesihatan yang kekal, maka Teh Herba Al-Habsyee keluaran Jamu Mak Dara adalah jawapannya.
Dengan hanya menikmati secawan Teh Herba Al-Habsyee setiap pagi dan petang. Anda tidak akan rasa lapar, malah lebih bertenaga sepanjang hari.
Keenakkan rasa asli teh herba ini diadun dari herba-herba terpilih seperti kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, buah pala dan halia.
Gabungan 5 jenis herba ini dikisar halus dan diadun mesra dengan kesegaran teh. Ramuan istimewa ini mempunyai khasiat rawatan tubuh luar dan dalaman badan yang tiada tandingannya.
Selain itu juga, the ini juga berkhasiat untuk melancarkan peredaran darah, sebagai anti-oksidan, membantu mengurangkan masalah penghadaman serta meningkatkan metabolisma badan.
Amalan penggambilan Kopi Al-Habsyee, The Herba Al-Habsyee dan Kopi Mak Dara setiap pagi dan petang, pasti menjadikan impian anda untuk kelihatan cergas dan sihat sepanjang hari terlaksana.
Kopi Al-Habsyee boleh didapati pada harga RM25 yang mengandungi 20 uncang, Teh Al-Habsyee (RM19) dan Kopi Mak Dara dengan hanya RM19.00.
Kongsi segala masalah anda di talian 019-3569233 atau 019-2888429 kerana pihak Jamu Mak Dara sedia membantu.







.jpg)
.jpg)
.jpg)
