Teks oleh Kheme Rosly
Emel: khemerosly@yahoo.com
Foto Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 17 FEBRUARI 2012: Majlis Pra-kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) yang berlangsung di Holiday Villa, Hotel & Suite, Subang Jaya, kelmarin telah menyaksikan pertunjukkan fesyen berkonsepkan 'Larger Than Life' dipertontonkan kepada para tetamu yang hadir.
Acara pertunjukkan fesyen daripada sepuluh pereka terkenal itu, telah menghangatkan acara petang berkenaan dengan rekaan glamor melewati permaidani merah.
Sebahagian daripada koleksi mereka itu telah digayakan oleh para selebriti yang tampil anggun dalam busana pilihan pereka mereka masing-masing.
Antara pereka handalan tempatan yang mengambil bahagian ialah Hazwani Osman, Nazreen Idris, Fitri Zainal, Khairi Sufi, Rizman Ruzaini, Faizell Azraff, Sheila Mohammad, Raffiey Nasir untuk Dewi Sofea, Wan Huzairil dan Wanpa.
Turut sama diumumkan adalah pemenang bagi anugerah Pereka Paling Popular kategori wanita yang diungguli Rizman Ruzaini dengan rekaan busana mereka menjadi sarungan Datuk Siti Nurhaliza manakala bagi lelaki pula ia dimenangi oleh Lord's Tailor yang telah menaja pakaian Shaheizy Sam.
Pengerusi Bersama Jawatankuasa Pengelola ABPBH 2011, Hanizam Abdullah atau Kak Cham menyifatkan pembabitan pereka fesyen dalam sesebuah majlis anugerah merupakan fenomena sihat, apatah lagi fesyen dan hiburan tidak dapat dipisahkan.
"Setiap tahun ABPBH akan tampil dengan pelbagai tema dan konsep. Secara tidak langsung pereka fesyen tempatan akan berlumba-lumba untuk menghasilkan busana paling indah dan ini mewujudkan pesaingan sihat dikalangan mereka.
"Tema tahun ini juga lebih besar sempena ulang tahun ke-25 dan saya mengharapkan sesuatu yang lebih mengagumkan. Big,Bold & Silver menjadi taruhan dan garis panduan untuk mereka terjemahkan ia menjadi satu busana yang paling hebat, avant-garde mungkin.
"Saya mahu mereka tampil lebih kreatif dan kolaborasi bersama para artis akan memberikan mereka inspirasi yang lebih untuk menghasilkan sesuatu yang akan diingati seperti mana ulang tahun ABPBH juga," katanya.
"Harapan saya tahun ini, akan meninggalkan memorinya yang tersendiri disamping mengangkat martabat fesyen dan hiburan kita ke tahap yang lebih tinggi kerana kedua industri ini saling memerlukan," tambah Kak Cham lagi yang mengimpikan sesuatu yang lain daripada yang lain pada majlis gemilang tahun ini.



















.jpg)
.jpg)
.jpg)
