Teks Oleh: zyzamani
Foto Oleh: MazlanYunos Photography
KUALA LUMPUR, 12 JAN 2012: Sempena 25 tahun, penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011), lima kategori sampingan iaitu Artis Lelaki Popular Online, Artis Wanita Popular Online, Artis Asia Popular Online, Artis Lelaki Bergaya dan Artis Wanita Bergaya telah diperkenalkan.
Jelas Pengarang Hiburan Berita Harian, Zainuri Misfar ABPBH2011, kategori tersebut diadakan untuk memberi peluang kepada peminat untuk mengundi dan mengiktiraf selebriti kegemaran mereka secara online sempena sambutan jubli Perak ABPBH 2011.
"Lima kategori tersebut diadakan sempena sambutan Jubli Perak ABPBH 2011. Kami memberi peluang kepada peminat untuk memilih artis kegemaran mereka.
"Kaedah secara online digunakan kerana ia merupakan trend semasa. Sementara itu, bagi kategori sedia ada, cara pengundiannya sama seperti terdahulu menerusi surat khabar," katanya kepada portal murai.com.my
ABPBH 2011 mempertandingkan 15 kategori utama antaranya Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Pelakon Filem Lelaki Popular, Pelakon Filem Wanita Popular serta Artis Baru Wanita Popular.
Sementara itu, pelakon, pengacara, pelawak, Sharifah Shahira (Shira) merupakan satu-satunya artis yang menerima pencalonan paling tinggi iaitu sebanyak tiga kategori menerusi Artis Komedi Wanita Popular, Penyampai TV Wanita Popular dan Penyampai Radio Wanita Popular.
Antara artis yang turut tersenarai dalam Top 5 ABPBH2011 ialah Aaron Aziz, Adi Putra, Lisa Surihani, Anuar Zain, Hafiz, Maya Karin, Najwa Latif, Black Mentor, Shahiezy Sam, Fasha Sandha, Faizal Tahir, Neelofa, Bunkface, 6ixth Sense, Faizal Ismail, Aznil Nawawi, Zizan Razak, Diana Danielle, Scha Alyahya, Johan Raja Lawak, Nur Fathia, Noorkhiriah, Meet Uncle Hussain & Hazama dan Fara Fauzana.
Sempena penganjuran anugerah tersebut, siri jelajah ABPBH2011 akan turut diadakan di lima lokasi terpilih iaitu SACC Mall, Shah Alam, pada 25 dan 26 Februari; Berjaya Megamall, Kuantan (2-3 Mac); Dataran Pahlawan, Melaka (10-11 Mac); Village Mall, Kedah (16-17 Mac); dan Plaza Angsana, Johor Bahru (24-25 Mac).
Senarai Top 5 ABPBH 2011
Penyanyi Lelaki Popular
* Aizat
* Anuar Zain
* Black
* Faizal Tahir
* Hafiz
Penyanyi Wanita
* Alyah
* Najwa Latif
* Shila Amzah
* Stacy
* Yuna
Artis Duo/Berkumpulan
* 6ixth Sense
* Jaclyn Victor/Ning Baizura/Shila Amzah
* Meet Uncle Hussain/Hazama
* Bunkface
* Forteen
Artis Baru Lelaki Popular
* Aeril Zafrel
* Awi Rafael
* Beto Khusyairi
* Hazama
* Johan Ariff As'ari
Artis Baru Wanita Popular
* Izara Aishah
* Najwa Latif
* Neelofa
* Nur Fathia
* Tasha Shilla
Pelakon Filem Lelaki Popular
* Aaron Aziz
* Adi Putra
* Bront Palarae
* Shaheizy Sam
* Syamsul Yusof
Pelakon Filem Wanita Popular
* Diana Danielle
* Eja
* Lisa Surihani
* Maya Karin
* Yana Shamsudin
Pelakon TV Lelaki Popular
* Aaron Aziz
* Adi Putra
* Remy Ishak
* Fizz Fairuz
* Fauzi Nawawi
Pelakon TV Wanita Popular
* Fasha Sandha
* Nora Danish
* Rozita Che Wan
* Scha Alyahya
* Tizz Zaqyah
Artis Komedi Lelaki
* Afdlin Shauki
* Along Cham
* Johan
* Nabil
* Zizan Razak
Artis Komedi Wanita
* Aliza Abdullah @ Enot
* Didie Alias
* Kenchana Dewi
* Noorkhiriah
* Sharifah Shahira
Pengacara TV Lelaki
* Ally Iskandar
* Awal Ashaari
* Aznil Nawawi
* Faizal Ismail
* Zizan Razak
Pengacara TV Wanita
* Cheryl Samad
* Fara Fauzana
* Nurul Syuhada
* Raja Azura
* Sharifah Shahira
Penyampai Radio Lelaki
* AG
* Aznil Nawawi
* Faizal Ismail
* Halim Othman
* Khairil Rashid @ Krill
Penyampai Radio Wanita
* Abby Fana
* Fara Fauzana
* Linda Onn
* Raja Azura
* Sharifah Shahira










