KUALA LUMPUR, 9 DIS 2011: Penyanyi dan pelakon, ND Lala telah disamun lebih 10 Mat Rempit dalam kejadian awal pagi semalam, yang menyaksikan kereta BMW miliknya rosak teruk dan telefon bimbit iPhone serta kunci keretanya dirampas penyamun itu.
Akhbar Harian Metro hari ini melaporkan, kejadian itu berlaku sekitar jam 3.40 pagi di sebuah stesen minyak di Jalan Genting Klang, awal pagi semalam.
ND Lala atau nama sebenarnya Amir Amzah Salleh, 50, berkata sebelum kejadian pada pagi itu, dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Cheras selepas berjumpa prospek bagi menerangkan mengenai kursus perniagaan dianjurkannya.
Dia kemudiannya singgah sebentar di stesen minyak dan selepas ke tandas, dia masuk semula ke dalam kereta sebelum membuka telefon untuk membaca SMS. Ketika itulah dia dikejutkan dengan bunyi bising deruman enjin motosikal dan jeritan lebih 10 Mat Rempit datang mengelilingi keretanya.
Beberapa orang dari mat rempit itu kemudian bertindak memecahkan cermin keretanya dengan topi keledar dan salah seorang dari mereka telah mengarahkannya menyerahkan barangan berharga.
ND Lala yang juga bapa kepada penyanyi Shila Amzah kemudian menceritakan lagi, yang dia pada mulanya tidak berani keluar kerana bimbang dicederakan, namun terpaksa mengalah selepas dipaksa dan cermin keretanya dipecahkan. Dia kemudian menyerahkan telefon bimbit iPhone dan kunci keretanya kepada mat rempit itu yang kemudian terus memecut meninggalkan tempat kejadian.
Kehilangan dua barangan itu menyebabkan ND Lala kerugian hampir RM4,000 kerana kunci keretanya buatan eksklusif dan perlu ditempah di luar negara. Dia bagaimanapun bersyukur kerana tidak diapa-apakan kumpulan penyamun itu.
Selepas kejadian, ND Lala segera menghubungi polis dengan bantuan pekerja stesen minyak itu sebelum polis membawanya ke Balai Polis Setapak untuk membuat laporan.
berita |
Tempatan
Jangan Tak Lihat
Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda
- Terhangat
- Terkini
- Senarai pemenang utk 2tiket & cenderahati WINGS
- Prebiu eksklusif & trailer program2 Astro hanya di AstroGempak.com.my
- Dapatkan gosip artis hangat & terkini! sms PESAN PANAZZ ke 26999. RM0.10/SMS
- Percuma! Dapatkan aplikasi iPhone Murai Terbaru! Klik di sini.
- Dapatkan prebiu & berita eksklusif filem tempatan & luar negara di sini
Gosip Terkini






.jpg)



.jpg)