vaniti | spotlight

Astro Bukan Sekadar Akademi Fantasia

17-Apr-2008 | Oleh: Thani Hasbullah

Media Galeri


"Kami ingin menekankan bahawa Astro bukan sahaja terkenal dengan program realiti TV seperti Akademi Fantasia, Sehati Berdansa atau Raja Lawak, tetapi turut menawarkan himpunan drama tempatan yang berkualiti.


"Drama-drama terbaik ini merangkumi pelbagai genre termasuk kekeluargaan, komedi, romantik dan aksi," kata Pengarah Eksekutif Astro Entertainment Sdn Bhd, Zainir Aminullah.


Sebagai pemacu bahagian hiburan Astro, Zainir menegaskan kepada umum bahawa Astro begitu komited untuk menyediakan kandungan bukan hanya kepada program realiti, setelah memperkenalkan variasi drama tempatan melalui Astro Megadrama.


Zainir bercakap demikian kepada pihak media dan artis selepas majlis pratonton, salah satu drama terbaik yang akan ditayangkan tidak lama nanti iaitu Bicara Cinta, hasil arahan pengarah terkenal Rashid Sibir, di sebuah pusat beli-belah, di ibu negara, baru-baru ini.


Bicara Cinta mengisahkan tentang percintaan antara Tuah dan Mila yang bermula dengan perasaan benci tetapi kemudiannya berputik menjadi cinta. Tuah mewarisi perniagaan batik dan songket milik ayahnya telah mengambil Mila yang mempunyai ijazah dalam bidang tersebut untuk menguruskan perniagaannya.


Setelah mereka kerap kali menunjukkan ketidaksefahaman dalam pengurusan, Mila mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan membuka perniagaan sendiri. Bukan itu sahaja, ibu bapa mereka juga tidak merestui hubungan mereka membuatkan mereka terjerumus kepada masalah.


Ramai pihak yang sudah menonton drama itu berpendapat, ia sebuah karya yang berkualiti. Ia akan mula ditayangkan pada 7 Mei ini, di Astro Prima (Saluran 105). Drama bersiri ini, ditayangkan selama sejam pada setiap Rabu, 9.30 malam.


Ia membariskan pelakon seperti Aqasha, Nur Fazura, Beego, Zizie Ezzette, Fauziah Nawi dan Ahmad Tarmimi Siregar.


Menurut Zainir lagi, Astro Megadrama bukan sahaja memberi keuntungan kepada penonton melalui bahan yang menarik, tetapi juga memberi ruang berkarya kepada produser tempatan.


"Platform Astro Megadrama secara tidak langsung turut membuka ruang kepada anak-anak seni termasuk pelakon, pengarah dan penulis skrip untuk terus berkarya. Kami di Astro berasa bangga kerana dapat memainkan peranan dalam meningkatkan taraf dan kualiti produksi tempatan," katanya.


Drama lain menerusi Astro Megadrama


Astro Prima (saluran 105)


Papaku Rock (drama bersiri)
Mulai 7 Mei 2008
Rabu
10:30 malam


Tentang Bulan The Series (drama bersiri)
Setiap Isnin
10:30 malam


Atas Nama Ibu (telefilem)
11 Mei 2008
Ahad
9:00 malam


Keris Lama (telefilem)
25 Mei 2008
Ahad
9:00 malam


Astro Ria (saluran 104)


Renjis (drama bersiri)
Mulai 7 Mei 2008
Rabu
6:30 petang


Mama (telefilem)
9 Mei 2008
Jumaat
10:00 malam


Gaia The Movie (telefilem)
16 Mei 2008
Jumaat
10:00 malam


Mak Andam Terlampau (telefilem)
23 Mei 2008
Jumaat
10:00 malam


Ketika Inai Masih Merah (telefilem)
30 Mei 2008
Jumaat
10:30 malam


Astro Oasis (saluran 106)


Taubat (drama bersiri)
Mulai 28 Mei 2008
Rabu
10:30 pagi



Komen-Komen | 2

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





citer tentang bulan pon ade the series ker.... ske tgk gelagat pelakon2 kecil tue..
lilosocute - 18-Apr-2008

mesti rimas tengok rashid sibir punye drama, cite sikit, lagu kang terjela-jela.
nobita - 18-Apr-2008



  • Terhangat
  • Terkini