Fasha Dan Jejai Bersatu Semula?

gosip | Gosip kita

Fasha Dan Jejai Bersatu Semula?

addthis kongsi icon

KL, 23 SEPT 2011: Baru-baru ini aktres meletop dan kontroversi Fasha Sandha telah pun mengadakan majlis rumah terbuka di salun miliknya di Wangsa Maju. Murai Batu pun tak berkesempatan nak singgah kerana terlalu sibuk dengan aktiviti harian yang lain.

Bisik teman-teman yang pergi dalam ramai-ramai tetamu yang hadir jelas kelihatan kelibat bekas kekasih hatinya Jejai. Ketika diusik adakah cinta mereka telah pun bertaut kembali, Fasha Sandha bukan main tersenyum simpul malu-malu.

Tapi dengan pantas Fasha Sandha menjawab Jejai hadir sebagai teman dan bukanlah kekasih. Kiranya antara mereka hanyalah teman tapi mesra kot?. Murai Batu bukan nak cakap apa, kalau mereka bersatu semula pun tak ada salahnya kerana masing-masing solo.

Namun mungkin juga Fasha mempunyai alasan yang kukuh enggan mengakuinya lagi, mungkin juga dia telah serik kisah cintanya digembar-gembur tapi akhirnya tak menjadi.

Selain Jejai, pihak media, rumah terbuka tersebut dihadiri oleh para peminat yang juga merupakan pelanggan setianya. Kira majlis tersebut sebagai penghargaan buat peminatnya yang menyokong dirinya selama ini.

Murai Batu doakan agar Fasha akan bahagia selalu dan menemui cinta hatinya kelak ya.

MURAI BATU: Hai! Takkan teman tapi mesra saja Fasha. Hari tu Murai Batu nampak Fasha dan Jejai berbuka puasa bersama, kali ini diundang ke majlis rumah terbuka pula.

Komen-Komen | 36
Hantar Komen Anda
tak apa la...asalkan mereka bahagia. allah dah tentukan jodoh mereka...gua sokong la...
liza - 28-Sep-2011

Allah dah pinjamkan rupa paras yang baik, kenapa tak bersyukur dan melakukan perkara yang di suruh dan meninggalkan perkara yang ditegah? jangan sampai Allah murka diambilnya satu persatu milik kita sehinggakan kita malu manghadapinya.insaflah.
kak yong - 28-Sep-2011

Kawen je la kome berdua ni dah bosan cite same je
Borink - 28-Sep-2011

jejai ni akda pesen lain ke? asik2 camtu je aku tgk..
pija - 27-Sep-2011

benci betul tgk.si fasha...tak serik-serik pasal dia.menyampah..get lost la fasha...
anne - 27-Sep-2011