Hantu Bonceng Sampaikan Mesej Dalam Kelucuannya

wayang | Reel Ayie-Tempatan

Hantu Bonceng Sampaikan Mesej Dalam Kelucuannya

addthis kongsi icon

JUDUL: Hantu Bonceng
PENGARAH: Ahmad Idham Nadzri
PELAKON: Zizan Razak, Juliana Evans, Cat Farish,
PENERBIT: Excellent Pictures Sdn Bhd
GENRE: Komedi Seram
Klasifikasi: U
Mula Tayangan: 30 Ogos 2011

Sekali Imbas: Kisah mengenai seorang lelaki penghantar pizza, Amran yang gemarkan aktiviti merempit dengan seorang rakan karibnya bernama Kunyit. Sering kali memenangi pertandingan lumba haram dan menerima habuan gadis-gadis jelita. Nasibnya kali ini kurang bernasib baik apabila pada satu malam selepas kemenangan dan membawa pulang seorang wanita yang diperolehinya sebagai hadiah kejayaan dia mengalami kemalangan dengan sebuah lori yang mengakibatkan wanita tersebut mati. Berikutan kematian gadis itu, hidupnya sering kali diganggu roh wanita berkenaan dan akhirnya membuatkan Amran insaf dan cuba lari daripada gangguan roh tersebut.

Ulasan Penuh: Kalau mahu ketawa dan berhibur saya rasa filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham Ahmad Nadzri sememangnya sesuai dipilih untuk memenuhi impian khalayak.

Filem komedi ringan yang mengangkat kisah seorang penghantar pizza yang gilakan aktiviti merempit selepas habis tugasnya, sememangnya sarat dengan kisah lucu. Kisah bermula apabila Amran (Zizan) yang memenangi Maya (Juliana Evans) sebagai habuan perlumbaannya, terlibat dengan kemalangan yang mana Maya mati di tempat kejadian.

Roh Maya atau hantu Maya acapkali menganggu kehidupan Amran sehinggakan tidak senang duduk Amran memikirkannya. Nasib Amran baik apabila dia ditemani rakan baiknya, Kunyit (Tai)di kala susah dan senang. Berikutan gangguan demi gangguan yang diterimanya membuatkan Amran dan Kunyit memilih pelbagai cara untuk menghindari gangguan tersebut termasuklah menggunakan khidmat bomoh.

Dalam masa proses melepaskan diri daripada gangguan tersebutlah pelbagai kisah lucu disajikan kepada penonton. Lawak-lawak yang diketengahkan oleh Zizan dan Tai sememangnya mengena dan mengesankan. Malah saya puji Ahmad Idham kerana dialog lucu yang ditonjolkan dalam filem ini tidaklah menggunakan lawak double meaning. Tanpa lawak double meaning pun khalayak masih mampu ketawa terbahak-bahak kerana jalan cerita yang diketengahkan.

Seperti kata Ahmad Idham, meskipun filem tersebut mengetengahkan komedi ringan namun masih diselitkan mesej berguna di dalamnya. Antaranya usahlah dipercayai kepercayaan karut iaitu mempercayai bomoh atau seangkatannya untuk menghalau roh mahupun hantu.

Sebaliknya kembali kepada asas agama untuk menemui jati diri serta menjauhi perkara-perkara yang terkutuk. Selain itu, dipaparkan juga keinsafan mat-mat rempit untuk meninggalkan aktiviti tidak bermoral itu.

Dalam pada itu, adegan-adegan cinta antara Amran bersama Halimaton (Jue) yang diselitkan sedikit sebanyak menambah perisa memaniskan lagi filem berkenaan. Selain itu nilai persahabatan antara Amran dan Kunyit juga antara paparan menarik dalam filem tersebut yang jelas kelihatan.

Walaupun mereka berdua mat rempit namun masih lagi mengerti nilai kemanusian dan persahabatan.Paling menarik hati saya ialah sewaktu Tai menasihati Amran yang pada masa tersebut tergila-gilakan wanita lain dan cuba menjauhkan diri daripada kekasih hatinya Halimaton.

Sementara itu, lakonan Zizan sememangnya bersahaja dan mengelikan hati. Dipadankan bersama Jue Aziz serta Juliana Evans gandingan itu berjaya dihidupkan bersama. Harus dipuji lakonan pendatang baru, Tai kerana tidak dinafikan dia juga merupakan tulang belakang membantu menghidupkan suasana ceria Hantu Bonceng.

Jika Hantu Bonceng menjadi pilihan anda untuk menghiburkan hati sempena musim perayaan ini, sememangnya satu pilihan yang tepat dan rasanya tidak salah untuk meluangkan masa bergelak ketawa bersama teman dan seisi keluarga.

Komen-Komen | 20

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





stiap cerita ada msg tersendiri.. klu cerita ni ader unsur lucah mcm maner plak crta aku msh dara yg mempamerkan aksi2 mengghairahkan.. baju yg lbh mendedahkan... ada jga adegan tido antara lelaki da prmpuan ditonjolkan..
angry bird - 19-Sep-2011

rata2 yg mengomen ckp x rugi.... 2 jam duk lam pnggung leh tahan plak, cuba kalu 2-3 jam tgk musabaqah , ke ceramah ugama ker .. rasa2 korg seme sure da panas punggung , cpt2 nk kuar or bosan kan... dunia2 skrg.. bkan seme ni yg akn tlg korg jwb kubo
serbuk kunyit - 18-Sep-2011

sape plak ckp x sonok,bestttttttttttttt gilerrrrr,tak kering gusi dibuatye,awk da tngk ke,klu awk da tngk mesti awk ckp lain lepas ni..mmgla seksi sikit bab die belakun jerrr,not realll..thns Ahmad idham......
haeagk - 16-Sep-2011

Sangat tak besh. lawak lucah, sendakan agama dan lain-lain. xde idea lain ke? gelak pun gelak tak puas hati. xberbaloi tgk, rugi je beli tiket. jalan citer pun cam haram. pelakon pun banyak over react.. nyampah tgk.
Hantu Bonceng XBest - 12-Sep-2011

CERITE YG PALING BEST JOM TGK RAMAI2..
piYA - 9-Sep-2011

1 2 3 4