Ika Kesali Tuduhan Liar!
Jangan Tak Lihat
Selepas konsert pertama Akademi Fantasia 6 (AF6), pelajar yang berasal dari Pulau Pinang, Ika Nabila Halim, 19, mendapat perhatian ramai. Dia yang lebih mesra dengan panggilan Ika merupakan penyeri dalam AF6.
Walau bagaimanapun, perjuangan Ika dalam AF6 berakhir selepas gagal membawakan lagu Malu Tapi Mahu dendangan asal Dina. Malah, penyingkirannya menepati ramalan peminat AF6.
Pun begitu, semasa Ika berada dalam akademi, murai.com.my menerima kiriman foto Ika bersama teman rapatnya Nadilia Isaora Sani Seth, 21, atau Nad. Sebaik saja menerima foto tersebut, murai.com.my terus menghubungi Nad yang meninggalkan nombor telefonnya.
Apapun, foto tersebut mengundang pelbagai respon yang positif mahu pun negatif. Paling dahsyat, Nad dan Ika dituduh sebagai pasangan 'kekasih'. Jadi, bagi menjawab tuduhan liar berkenaan, Ika yang ditemui ketika sidang media penyingkiran, baru-baru ini terus menjelaskan keadaan sebenar.
"Pada mulanya, Ika terkejut dan tidak menyangka foto tersebut menjadi pembuka tirai gosip Ika untuk bergelar penyanyi. Tapi Ika tak melenting dan mengakui mengenali Nad melalui kawan baik Ika, Nasiha Saila. Nad juga kakak kepada Nasiha.
"Ika baru saja kenal Nad. Sebenarnya Ika lebih rapat dengan Nasiha berbanding Nad. Gaya Nad memanglah macam tomboy tapi IKa anggapnya dia hanya sebagai kakak saja. Tak lebih dari itu. Ika juga selalu memanggil Nad sebagai kakak tapi dia tak benarkan.
"Sebenarnya, foto tersebut dirakam ketika IKa dan kawan yang lain pulang dari berkelah di Taman Rimba, Pulau Pinang. Foto tersebut diambil menggunakan handphone Ika. Kalau tak percaya, semua kawan kami yang pergi masa tu ada menyimpan foto yang sama. Tanyalah mereka.
"Ika memang tinggal serumah Nasiha , bukannya Nad. Jadi, Ika harap perkara ini akan menjawab segala gosip," pinta Ika.
AF6 banyak membantu Ika
Sementara itu, Ika turut berkongsi pengalaman dalam AF6. Dia akui dia rapat Alif malah Ika kerap berborak dengan Alif menggunakan loghat Penang. Sebelum sempat ditanya adakah mereka sudah jatuh hati, Ika cepat-cepat menafikan perkara itu.
"Kami macam abang dan adik saja," jelas Ika.
Selain itu, Ika sering berkongsi masalah dengan pelajar wanita yang lain terutama sekali Stacy, Lufya dan Nadia. Dari awal lagi Ika sebenarnya lebih rapat dengan Yana.
"Ika ingin juga rapat dengan Mama Rina dan Kak Saida tapi mungkin perbezaan umur membuatkan pergaulan kami agak terbatas.
Selepas 2 minggu dalam akademi, Ika kagum dengan vokal Nubhan dan Riz. Apatah lagi, suara Nubhan begitu unik. Bagi pelajar wanita pula, Ika suka gaya Stacy serta vokalnya. Malah, Ika mengagak Stacy ada harapan jadi juara AF6.
"Dalam akademi, Ika selalu bertanya dan berjumpa pengetua kerana Ika mahu mengetahui tahap pencapaian Ika. Bagi Ika, kritikan dalam setiap konsert itu banyak membantu. Ika redha dengan keputusan penyingkiran ini. Ika akui setiap kali konsert Ika terlalu gementar. Memang Ika perlu banyak fokus dan belajar," jelas Ika yang mengagumi Maya Karin.
Jika anda mahu lihat pesanan Ika, kunjunginya blog kelab peminat Ika di murai.com.my.

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)