Krim Wajah Khusus Untuk Wanita Usia 30-an

stailista | Buletin Stailista

Krim Wajah Khusus Untuk Wanita Usia 30-an

addthis kongsi icon

Teks oleh Haswari Ali

KUALA LUMPUR, 18 OGOS 2011: Bagi kaum hawa, perubahan usia daripada 20-an kepada 30-an merupakan saat yang paling mendebar-debarkan, apatah lagi ketika itulah bermulanya fasa baru untuk kehidupan berbeza.

Apabila mencecah usia 30-an juga, cabaran menjadi semakin bertambah, lebih-lebih lagi dalam mengekalkan seri keremajaan yang sebelum ini dipandang enteng ketika di usia 20-an.

Pembaharuan sel kulit dan kolegen mula perlahan, manakala mendedahan kepada cahaya matahari dan bahan cemar kesan daripada gaya hidup turut menjadikan kulit wajah menjadi semakin lesu.

Untuk itu, Fair & Lovely jenama krim wajah dipercayai untuk golongan wanita hadir dengan formulasi terkini untuk wanita berusia 30-an yang berupaya melembap dan mencerah bersama kandungan anti-penuaan serta anti-oksida supaya wajah berseri sepanjang masa.

Produk yang dikenali sebagai Fair & Lovely Forever Glow dirumus dengan Vita Aha Complex campuran Vitamin B3, Vitamin E, lidah buaya dan AHA bagi mengembalikan semula kulit cerah dan muda.

Bintang Akademi Fantasia 7, Isma yang baru memasuki usia 32 tahun mempercayai keberkesanan krim wajah ini yang berupaya mengembalikan seri wajah dan keyakinan dalam diri terutama apabila berhadapan dengan peminat.

"Sebenarnya, Isma sudah menggunakan produk Fair & Lovely sejak zaman sekolah lagi dan ia merupakan satu-satunya produk yang sesuai dengan wajah Isma.

"Jadi apabila Isma diperkenalkan dengan produk terbaru yang dikhususkan untuk wanita berusia 30-an, ianya merupakan beruta gembira dan selepas menggunakan selama dua bulan, dalam empat hingga 5 minggu saja, Isma sudah nampak keberkesananya.

"Kulit Isma menjadi lebih cerah, lembut dan sememangnya berbaloi," katanya yang ditemui portal murai.com.my sempena pelancaran produk berkenaan di ibu negara, baru-baru ini.


Kajian telah membuktikan di mana berdasarkan ujian ke atas 207 wanita Asia, keputusan menunjukan bahawa penggunaannya setiap hari akan dapat mengembalikan seri wajah, tompok usia berkurangan dan kecerahan nyata pada tona kulit.

Pembantu Pengurusan Jenama Unilever Malaysia's khusus untuk Fair & Lovely, Sophia Wong berkata, produk terkini ini membawa penyelesaian pencerahan dan anti penuaan baru kepada wanita di negara ini.

"Kajian pengguna menunjukkan bahawa wanita di usia 30-an, lebih matang dan yakin menangani cabaran berbeza. Kempen ini mengutarakan secara langsung isu-isu yang dekat dengan diri mereka.

"Fair & Lovely Forever Glow adalah krim pelembap dan pencerah dengan kandungan anti-penuaan yang bukan saja mampu dimiliki malah berkesan bagi membantu wanita mengekalkan seri keremajaan mereka," katanya.

Fair & Lovely Forever Glow dijual pada harga RM18.90 bagi sebotol 50 gram yang boleh didapati di farmasi, pasar raya seluruh negara.

Komen-Komen | 0

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:










Blog Stailista Terkini


I Love Stailista