Soul Mary J Blige Tidak Goyah

muzik | Resensi Murai

Soul Mary J Blige Tidak Goyah

addthis kongsi icon


LABEL:  Geffen Records
JUDUL:  Growing Pains
ARTIS:   Mary J Blige
GENRE:  R & B


Susah untuk saya mengulas album yang dihasilkan seorang diva dan superstar yang hebat seperti Mary J Blige ini. Apatah lagi, apabila dia sendiri yang nyanyi, dia yang menulis kebanyakan lagunya dan dia jugalah yang terbitkan album ini.


Dari segi pencapaiannya pula, dia banyak menghasilkan lagu yang hits, bekerja dengan mereka yang hebat di dalam bidang bisnes hiburan serta sering mengambil berat terhadap hasil kerja kreatif yang terdapat di dalam setiap karya muziknya.


Tentunya pendengar dan pengkritik hanya mengharapkan yang terbaik saja daripada wanita yang memiliki vokal soul penuh berkarisma ini. Hal ini turut berlaku dalam album studio ke-8 Mary J Blige ini, Growing Pains.


Namun, sesudah saya memutarkan setiap satu lagu yang terdapat dalam album ini, apa yang boleh saya katakan, ia bukanlah sebuah rekod terbaik pernah dihasilkan Mary sepanjang 15 tahun bergelumang dalam industri ini.


Sungguhpun begitu, ia tetap boleh dianggap sebagai sebuah album yang solid daripada Mary kerana ia banyak mengutarakan persoalan mengenai alam wanita yang sedang ditempuhinya menerusi pelbagai isu.


Tidak apalah kerana Mary sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia memang sama sekali tidak risau jika tidak berhasil mengeluarkan sebuah rekod album yang terbaik.


Sebaliknya, apa yang merisaukan Mary ialah apabila dia tidak berhasil mengeluarkan sebuah album yang mampu menyatukan rasa antara dia dan peminatnya.  Dalam hal ini, saya rasa Mary berjaya memenuhi impiannya.


Apa yang menarik, isu wanita yang ditebarkan Mary di dalam album Growing Pains ini berjaya disatukan dengan penuh  kejiwaan ke dalam muzik R & B yang masih lagi tidak hilang groovynya.


Cuma kali ini dihasilkan dalam skala yang lebih. Barangkali untuk disesuaikan dengan isu wanita yang cuba diketengahkannya itu.


Dalam album ini juga, Mary banyak berkolaborasi bersama artis terkemuka seperti Ludacris menerusi lagu Grown Woman, Shake Down (Usher), In The Morning (Pharrell) serta Ne-Yo yang banyak menulis beberapa track lagu.


Dalam banyak-banyak lagu, saya suka sangat dengan Just Fine yang diletakkan sebagai track ketiga dalam album ini. Lagu yang mempunyai feel disko ini adalah lagu yang menggambarkan Mary dalam 2 elemen yang sangat tipikal iaitu soul dan segar.


Lagu yang tidak kurang hebatnya ialah Work That serta Grown Woman. Keserasian Mary bersama Ludacris dalam lagu Grown Woman begitu terserlah sekali.


Kalau mahu melihat Mary memperlihatkan amarahnya sebagai wanita, anda harus dengar Roses, Mary yang bersifat materialistik pula menerusi lagu Feel Like A Woman dan Mary yang mempunyai banyak keinginan pula dalam Till The MorningEnjoy!

Komen-Komen | 0
Hantar Komen Anda