berita | tempatan

Mawi, Mila Tak Layak Ke Final AIM15!

3-Apr-2008 | Oleh: Razif Rosdi

Media Galeri


Teks & Foto: Razif Rosdi



KUALA LUMPUR, 3 APRIL 2008 : Pengumuman finalis Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) sudah dibuat semalam tetapi yang jelas, Bintang Paling Popular 2007, Asmawi Ani (Mawi) serta Juara AF5, Mila, tidak tersenarai langsung!


Itulah antara kejutan hangat dalam AIM15 yang mana keputusan itu dibuat oleh barisan juri profesional dalam industri hiburan tempatan.


Sehubungan itu, pihak pengurusan Maestro Talent & Mangement begitu terkejut dengan pengumuman itu yang dibuat di Hotel Berjaya Time Square, di sini.


"Kami sungguh terkejut dan kecewa kenapa nama Mawi dan Mila tak tersangkut langsung dalam mana-mana kategori lebih-lebih lagi Mila yang tercicir dalam kategori Artis Harapan. Mila merupakan calon harapan kami.


"Kami sudah lakukan yang terbaik untuk memastikan album Mawi dan Mila berkualiti. Kami mengggunakan khidmat komposer besar seperti M Nasir, Arwah Loloq dan Ajai. Tapi kami sedar juri lebih arif menilai setiap album yang dipertandingkan dalam AIM, cuma kami masih tertanya-tanya di mana silapnya Mila atau Mawi," kata Ketua Bahagian Pengurusan Maestro Talent, Norliza Ilias (Liza).


Liza berkata, tahun ini Maestro menghantar 6 album Melayu serta 3 album India, sebuah album Cina dan album Best of AF5.



"Album Melayu kami adalah daripada Mawi, Mila, Kaer Azami, Faizal AF4, Khai dan Rosma. Manakala artis Cina dan India pula seperti Martin, Yogi dan Andrew Tan.


"Keputusan ini nyata mencabar kredibiliti Mila. Walau bagaimanapun, kami lega kerana 3 artis Maestro lain tercalon dalam kategori Artis Harapan iaitu Candy, Dafi dan Heliza," kata Liza.



Sementara itu, banyak perubahan telah diumumkan termasuk 4 kategori baru iaitu Album Cina dan India Tempatan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Dalam Album (Bukan Bahasa Malaysia) dan Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara.


Selain itu, beberapa kategori sedia ada masih dikekalkan. Apapun, terdapat 1 kategori dimansuhkan iaitu Album Indonesia Terbaik dan digantikan dengan kategori Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Artis Luar Negara.


Pengerusi Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Datuk Aziz Bakar, berkata proses penjurian tahun ini terbahagi kepada 2 peringkat. Penilaian pertama telah dijalankan pada 2 Mac dan proses kedua pada 21 Mac lalu.


Tahun ini, 200 juri terpilih yang terdiri dari kalangan karyawan iaitu penerbit, pencipta, penggubah lagu, komposer dan wartawan hiburan. Apa yang pasti, pengetua AF6, Ramli MS bertindak selaku ketua juri. Segala proses ini dijalankan di Hotel Legend, Kuala Lumpur.


"Ada 39 album daripada syarikat tempatan dan 9 daripadanya adalah album indie. Paling membanggakan, kebanyakkan muzik indie berani menampilkan muzik yang berbeza dan unik," jelas Aziz.


Apapun, tahun ini juga setiap pemenang bakal menerima trofi dan sijil penghargaan. Pada majlis itu penyampaian sijil penghargaan turut dibuat kepada pemenang lalu yang disampaikan oleh Aziz bersama Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Malaysia (RIM), Sandy Monteiro serta Pengerusi Jawatankuasa Penganjur AIM15, Freddie Fernandez.


Berdasarkan jumlah kejayaan, penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza nyata berada pada tangga teratas. Siti sekali lagi dicalonkan dalam beberapa kategori AIM15 melalui album terbarunya, Hadiah Daripada Hati.


Siti juga sempat mempersembahkan sebuah lagu pada majlis itu iaitu Aku Cinta Padamu diikuti Reshmonu. Sebelum itu, kumpulan nasyid terkenal, Raihan turut menyampaikan lagu Assolatuwassalam.


Ramai artis dan penggiat seni tanah air hadir memeriahkan acara seperti Aishah, Dayang Nurfaizah, Sean Ghazi, Ridzuan, Estranged, Spider, Farawahida, Jaclyn Victor, Anuar Zain, Azlan Abu Hassan, S Atan, Ramli Sarip, Atilia dan Damian VE.



SENARAI FINALIS  AIM15



ARTIS HARAPAN

# Candy
# Dafi
# Fiq
# Heliza
# Suki


ARTIS BARU TERBAIK

# Atilia
# Estranged
# Faizal Tahir
# Kaer Azami
# Karen Kong


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM ALBUM (LELAKI)


# Aliff Aziz
# Faizal Tahir
# Hazami
# Kaer Azami
# Sohaimi Mior Hassan


PERSEMBAHAN VOKAL TERBAIK DALAM ALBUM (WANITA)


# Atilia
# Datuk Siti Nurhaliza
# Dayang Nurfaizah
# Elyana
# Karen Kong


KULIT ALBUM TERBAIK (PEREKA)


# Ajin (Singletarcakmind)
# Anthony Ho (Dayang Nurfaizah)
# Anuar Sujud (Datuk Siti Nurhaliza)
# Emir Azwa (Ash Nair)
# Jenny Sun (Liang)


RAKAMAN ALBUM TERBAIK (JURU RAKAM)


# Audi Mok & Nick Lee (Faizal Tahir)
# Greg Henderson (Ash Nair)
# Greg Henderson, Hanafi Hamdan, Fazli Fauzy & Marzuki (Spider)
# JD (Pop Shuvit)
# Nick Lee, JD Wong & Illegal (Liang)


VIDEO MUZIK TERBAIK (PENGARAH)


# Ajin (Elyana)
# Julian Oh & Hue Visualabs (Ash Nair)
# Nam II Cho (Pop Shuvit)
# Reshmonu (Reshmonu)
# Sean Chan (Atilia)


ALBUM POP ETNIK TERBAIK


# Jatuh Cinta Pandang Pertama (Azfar)
# Melodi Ahlaan (Waheeda)


ALBUM NASYID TERBAIK


# Al-Asr...A Moment (Mu'adz)
# Hafiz Hamidun (Hafiz Hamidun)
# Maulana (Rabbani)


ALBUM ROCK TERBAIK


# Aku.Muzik.Kami (Faizal Tahir)
# Bintang 12 (Spider)
# Mpire (Mpire)
# Nada (Niskala)
# Patah Pusing (Jinbara)


ALBUM POP TERBAIK


# Dayang 2007 (Dayang Nurfaizah)
# Hadiah Daripada Hati (Datuk Siti Nurhaliza)
# Imagin (Liza Hanim)
# Menjelma (Kaer Azami)
# Semuanya Ada Di Sini (Farawahida)


ALBUM INGGERIS TEMPATAN TERBAIK


# After 8 (Liang)
# Eclecticism (Melissa Indot)
# Freakshow Vol 1: Tales Of The Travelling Tunes (Pop Shuvit)
# Hey (Singletrackmind)
# Silentscream (Silentscream)


ALBUM CINA TEMPATAN TERBAIK


# Danny 2.0 (Danny Wan)
# Here I Come (Andrew Tan)
# Showtime (Karen Kong)
# Smile (Kwok Fai Chan)
# Unavoidable (Daniel Lee)


ALBUM INDIA TEMPATAN TERBAIK


# Asthivaram (The Villanz)
# Martin Zamigano Kanmani (Martin Zamigano)
# Naana Neeya (Naana Neeya)
# Satriye Sambrajyem (Boomerang X)
# Vallavan (Vallavan)


LAGU BAHASA MELAYU TERBAIK YANG DIPERSEMBAHKAN ARTIS LUAR NEGARA


# Gigi
# Keris Patih
# Kris Dayanti
# Rossa
# Unggu


SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU (BAHASA MALAYSIA) – PENGGUBAH


# Audi Mok - Ingin Kumiliki (Dayang Nurfaizah)
# Azlan Abu Hassan - Sekian Lama (Datuk Siti Nurhaliza)
# Irwan Simanjuntak - Tinggalkan Aku (Anuar Zain)
# Nai Kong - Cintamu (Datuk Siti Nurhaliza)
# Sharon Paul - Hati (Datuk Siti Nurhaliza)


SUSUNAN MUZIK TERBAIK DALAM LAGU (BUKAN BAHASA MALAYSIA) - PENGGUBAH

# Audi Mok - La Da Di Dum (Faizal Tahir)
# Hafiz Hamidun - Last Breath (Hafiz Hamidun)
# Mac Chew - Love Surreal (Melissa Indot)
# Sundra/Fasy - Anbey Sagiye (Boomerang X)
# Z-Wan/Jasan Voon - Welyana (Betty Benafe)


LAGU TERBAIK

# Menanti Pasti - Datuk Siti Nurhaliza
# Mahakarya Cinta - Faizal Tahir
# Sekian Lama - Datuk Siti Nurhaliza
# Izinku Pergi - Kaer Azami
# Itu Kamu - Estranged



Komen-Komen | 51

Nama:


Komen Anda:


Aksara yang tinggal:





Mcmana Dafi blh tercalon??? yg pelik AIM pilih calon kadand-kadang kita X kenal pun... Album pun entah laku ke tidak pikir-pikirlah sendiri.. lagu pun rasa-rasa X penah dgr dlm radio.. muka pun X kenal sbb X penah kuar tv..
mij1973 - 15-Apr-2008

AIM ni mcm dengki je dgn mawi ari tu ckp lagu tak ckplah dlm album.. yg aku peliknya yg pilih pemenang pun kita X kenal pun tah sapa-sapa pun.. aku rasa jual album pun X laku 100 unit pun X laku... mcm mana Dafi blh masuk???
nayli1973 - 15-Apr-2008

no badi......
- 13-Apr-2008

saya sokong mawi kerana tidak lama lagi nak bernikah.ha ha ha ha.lagi pun saya sokong mila jugak.kenapa awak berdua tak layak nak masuk ke final aim15????macam mana tu.....
Tanusha - 13-Apr-2008

mila x tercalon dlm kategori artis harapan sbb kategori tu hnya utk artis yg blum buat full album je...aka yg ada single je lah yg blh masuk... mila klu tcalon pn mgkn dlm artis baru trbaik...
aku - 12-Apr-2008



  • Terhangat
  • Terkini